Sunday, 7 December 2014

Merangka S.Y.U.K.U.R

Bismillahirrahmanirrahim...
Selawat dan salam ditutur istimewa buat junjungan Rasullallah SAW serta keluarga baginda..

Tarik nafasssss..hembusss.. :D baru terasa cerah membuntang mate ni haaa..

Rasa bahagia hari ini? Kalau tak bahagia pun mungkin ada tempias gembira...?? ada.... alhamdulillah3x... :) perasan tak, kadang-kadang kita tak tahu atau tak perasan pun punca atau asbab kita rasa bahagia/tenang/ gembira pada sekian saat dan waktu..kan?! but, we feel it! dan kita mengambil nikmat itu dengan sepenuh jiwa dan perasaan kita sehingga orang sekeliling pun merasai tempias aura bahagia yang kita rasa. Subhanallah..

Sayangnya, jarang-jarang saja kita melihat kebungaan dan kepelangian rasa dalam jiwa kita itu sebagai satu penawar daripada Allah buat hamba-Nya. Sesekali saja kita memandang ia sebagai satu pemujuk Allah buat insan yang sering diuji dalam pentas kehidupannya. Allah memeluk hati kita untuk terus merasa kehangatan kasih sayang-Nya pada kita. Kan?!

Subhanallah.. syukurlah duhai diri, betapa beruntungnya  :')

:: MOOD KONVOKESYEN ::

Tahniah dan syabas buat akhawat, sahabat atau kenalan yang meraikan kejayaan menghabiskan pembelajaran masing-masing.. diploma, ijazah mahupun master. Konvokesyen; satu majlis yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh sesiapa sahaja yang melangkah ke alam universiti. Tapi sekarang, di tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah pun dah ada majlis konvokesyen ni..(takpalah, itu cerita lain..hehe).




" Nah, bunge.. ni je hok paling muroh...", kata mok sambil menghulurkan sejambak ros merah. Tiga kuntum semuanya. Wajahnya yang menjadi kemerahan kesan rembesan tangisan bahagia itu kutatap dengan senyuman manis lantas tangannya kusalami bersambut pelukan dan kucupan mesra.

" Yeay!! buleh bungeee!^^Terima kasih mok ... :) ..", balasku kegirangan. Tak kusangka. Mereka sudi untuk belikan bunga walaupun aku tidaklah begitu berharap untuk mendapatkannya dari sesiapa pun. Tapi teringin juga bergambar dengan bunga bersama segala attire konvo kannnn..eheh.

Pak (ayahku) pula berdiri bersilangan tangan sambil memerhatikan kami. Lagak bersahaja bagai tiada apa-apa yang berlaku. Walaupun memang begitulah gayanya, tapi dari mata tuanya yang berkaca jernih itu dapat terlihat kegembiraan yang disembunyikan.
"Terima kasih pak..:)..", kataku dengan senyuman yang sama.

Itu ceritaku setahun yang lalu. Nostalgia merasai mood bergraduasi. Syukur dapat membanggakan ibu bapa waktu itu walaupun pelbagai cerita suka duka dan lara terpaksa didepani untuk membayar yuran graduasi. Alhamdulillah..

:: KERJA OH KERJAYA...

Memegang status graduan bukanlah seindah yang disangka. Indah angan-angan dari rupanya. Tiada pelangi indah selepas senja... dan apa sajalah perumpamaan atau kata-kata yang sesuai ditempelkan di situ. Begitulah sejujurnya.

Memasuki alam kerjaya sememangnya tidak sama dengan alam belajar. Tambahan lagi, menjadi insan yang semakin tua ini menuntut kita mengemban tanggungjawab yang lebih besar dan berat. Jika dulu kita boleh saja merengek minta duit dari mak ayah, tapi sekarang terasa ia adalah amat tidak wajar. Pandai-pandaila nak hidup...~

"Timbalan Eksekutif Operasi"... satu posisi kerja yang telah ditakdirkan Allah untukku sejak 8 bulan yang lalu. Tanpa disangka-sangka.Tanpa mengisi resume kerja atau temuduga pemilihan. Tanpa perlu mencari, bahkan aku yang dihubungi. Itulah rezeki dan ketetapan Allah untukku. Alhamdulillah..

Namun, ia tidaklah semudah yang disangka. Pasti ada ujian dan cabaran yang harus didepani. Kepadatan kerja, cabaran berurusan dengan orang lain, pertembungan masa kerja dengan urusan dakwah dan tarbiyah menjadi asam garam sejak bergelar pekerja. Pada masa yang sama, jiwa dijerut dilema antara memburu cita-cita dan berkorban demi cinta. Walaubagaimanapun, pilihan harus dibuat dengan sepenuh tawakkal kepada-Nya.

Pilihan yang dibuat tidaklah mengorbankan mana-mana pilihan yang ada. Dengan izin-Nya, dengan kekuatan yang dipinjamkan kupilih untuk mendapatkan kedua-duanya dengan seiring dan sejalan, berusaha sehabis baik untuk istiqomah dan istimrar dalam amal d n t ini pada masa yang sama tidak mengabaikan keperluan untuk memperoleh pendapatan. Satu keperluan untuk bergerak dan beramal dalam program tarbiyah mahupun dakwah serta keperluan untuk menyara hidup sendiri dan keluarga sedikit sebanyak.

Syukur Allah masih sayang.
Diri ini kadangkala meleka dan tersasar dari niat dan tujuan asal.. kadangkala lalai dengan kemengahan tuntutan kerja demi menaikkan prestasi syarikat dan memenuhi kehendak majikan sehingga tuntutan dakwah pula diterabaikan. Kadangkala terlalu melayan kepenatan badan dek bekerja lebih masa sehingga menzalimi mad'u yang dahagakan perhatian. Namun, bekalan tarbiyah serta sokongan insan-insan utusan Allah menyemangatiku untuk terus memilih jalan sukar ini. Memilih untuk terus melebar manfaat seluas yang mungkin. Inilah tarbiyah Allah!

Di hamparan ini, sebenarnya tidak semua yang dapat aku tulis..atau ini sahaja yang Allah detikkan dalam benakku atau ini saja yang mampu kusedari kenikmatannya antara seinfiniti lagi nikmat-nikmat lain yang Allah berikan...itupun setelah keluhan demi keluhan diluahkan.Begitulah manusia.. Terlalu lambat mendahului syukur berbanding kata keluhan dan ketidakpuasan hati. Tapi belum terlambat untuk kita mengucapkan kata syukur.

" Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan, "SESUNGGUHNYA JIKA KAMU BERSYUKUR, NISCAYA AKU AKAN MENAMBAH (NIKMAT) KEPADAMU, TETAPI JIKA KAMU MENGINGKARI (NIKMAT-KU), MAKA PASTI AZAB-KU SANGAT BERAT"
Surah Ibrahim :7

Wallahualam.. <3





Thursday, 4 December 2014

:: Senyum sket !

Bismillahirrahmanirrahim... :)

ehhemm...ehhemm..

Cecair jernih menitik di tubir mata. Kepala cepat-cepat diletakkan di atas meja. Mendagu di depan laptop yang sekian terpasang dari tadi. Mengelak daripada dilihat oleh sesiapa.

"Allahummasollialamuhammad..". Kalimah selawat dialun beberapa kali. Mencari sedikit ketenangan daripada kalimah sumber syafaat itu. Kemudian air mata dikesat lembut lalu kepala dibawa bersandar di kerusi. Mata dipejam.

                                          "saya nk cakap ni sebenarnye dari tadi.... T_T"

Kadang-kadang kita boleh menjadi terlalu emosi dengan perkara yang remeh. Terlalu sensitif dengan perkara temeh. Terlalu ambil peduli dengan perkara yang sepele. Tapi, itulah perkara itulah yang mempengaruhi mood dan semangat kita pada hari itu. Orang lain mungkin tidak boleh membaca perasaan, mood dan riak muka serta tindakan kita, tapi kita  sebenarnya sukar membendungnya!

Kenapa?? sebab sebenarnya ia bukan perkara yang sepele/remeh temeh atau kecil bagi kita. Walaupun orang lain fikir itu adalah sekecil-kecil perkara dalam hidup mereka.

Menyesal?? kenapa nak menyesal bahkan bersyukur amat!hadiah dari Allah bukan?! cuma Allah beri sedikit ujian dengan hadiah yang dianugerahkan itu.. untuk menguji sejauhmana kecintaan pada Dia boleh tergugah oleh satu makhluk yang dipinjamkan itu.. jadi, aku harus senyum :') :') dan mengucapkan seinfiniti kesyukuran atas tanda kasih sayang Allah padaku..alhamdulillah..

Teringat aku satu quote hebat yang mengubat..
""Jika ditakdirkan tidak kita temui sesuatu yang dicari di dunia ini, terimalah hakikat ia memang tidak ada. Di akhirat sana tempat ‘ada’ dan sempurna segala. Jika ‘langit’ hendak runtuh, masakan jari yang kecil ini mampu menahannya. Dalam setiap yang kita miliki, pasti ada jemu dan letihnya. Dalam setiap yang kita tidak miliki, pasti ada kesal dan sayunya. Jangan terlalu dalam segalanya. Jangan terlalu cinta, jangan terlalu benci. Jangan terlalu suka, jangan terlalu duka. Sederhana itulah yang selalu menyelamaktkan ‘hati’ kita.   "

"Jalan-jalan menuju keredhaan Tuhan meliuk lentuk di celah-celah simpang siur karenah insan. Maafkan mereka, jika ingin keampunan Allah. Bantulah mereka, jika ingin bantuan Allah. Hubungan antara sesama manusia itulah medan bagi Allah mendidik sifat sabar, pemaaf, pemurah, redha, sangka baik dalam diri hamba-hambaNya yang soleh. Untuk akrab denganNya, Tuhan menguji kita melalui hamba-hambaNya. "

Barangkali ayat2 pemujuk di atas sudah kerap kali aku kongsikan di fb atau di laman ini sendiri. Takpalah.. untuk diri sendiri. Barangkali jua ramai orang telah lama bersabar dan bertabah dengan kerenah diriku yang sangat banyak kekurangan ni. Kasihan dia dan mereka.. :'( apapun, terima kasih Allah atas tarbiyah yang tak sikit sepanjang hidup ini.

Allahuakbar. Senyuuuum sket..! :)
Wallahualam



Tuesday, 2 December 2014

:: Izinkanku menulis

Bismillahirrahmanirrahim....

Akhirnya. Terdetik jua rasa hati untuk membuka laman bersawang ini. Bukan dipinggirkan, cuma agak dipandang sepi.. Banyak bulan laman ini ditinggal tak diisi. Banyak pula alasan boleh diberi kalau mahu kubilang satu per satu di sini. eheh :D

Lupakan.

Tahun depan, aku bakal berusia 25 tahun.uarggghhhhh!!! (jerit dalam hati jer..). Tua kan??!!.. huhu. Itulah.... itulah yang aku fikir, renung, menung dan muhasabah semenjak dua menjak ni. Rasa banyak masa telah diterbazirkan tanpa membuat sebarang sumbangan jangka panjang. Sumbangan yang membuahkan hasil realiti di depan mata dan lobang hidungku.haha

Pendekkan cerita." Aku nak menulis. Aku nak buat buku. My book. Its mine! huhu.. "...........
doakan.. doakanlah supaya ia bukanlah sekadar angan-angan kosong tanpa tindakan konsisten. Doakanlah agar aku tetap istiqamah menyulam benang-benang jambatan ke syurga. InsyaaAllah..aameen.. :)


Ya Allah, izinkanlah aku menulis#

Wednesday, 5 June 2013

Israk Mi'raj copy paste



Isro Mi'roj dan 3 Surat "Hiburan" saat Fase Dakwah di Titik Kritis

Isro mi'roj adalah hiburan Allah bagi pejuang dakwah (Nabi SAW) yg sdg dirundung gelisah. "AKU dekat, begitupula pertolonganKU".

Saat Nabi SAW kehilangan dukungan "internal" (Khadijah) dan support "eksternal" (Abu Thalib) Allah tunjukan kuasaNya yg unlimited.

Sebelum peristiwa isro mi'roj, saat nabi dan sahabat dlm ujian mahadahsyat, Allah kuatkan dg diturunkannya 3 surat: Yunus-Huud-Yusuf.

3 surat ini istimewa. Ini surat dg nama 3 nabi, urut secara diturunkannya juga urut dlm mushaf. Semuanya sbg "penghibur" dan "penguat".

Surat-surat ini diturunkan kpd Nabi Muhammad SAW pada masa yg sangat sulit, tahun ke-10 kenabian, saat fase dakwah berada di titik kritis.

Meninggalnya Khadijah dan Abu Thalib dan tekanan mahadahsyat di Mekah membuat Nabi mengizinkan sahabat hijrah ke habasyah.

Saat Mekah tak ada harapan Nabi ‘menoleh’ ke Thaif, namun bukan bantuan yang didapat tapi bebatuan, caci maki dan usiran yg beliau terima.

Saat-saat kedukaan dan kesempitan seperti itulah, 3 surat ini Allah turunkan untuk menghibur sekaligus menguatkan beliau dan para sahabat.

Surat Yunus secara garis besar utk menguatkan "Iman kpd Qadha dan Qadar" juga menegaskan bahwa "Sang Mahabijaksana takkan semena-mena".

Ada 3 perintah yg mengakhiri surat Yunus: serahkan dirimu pd Allah, jangan bergantung pd selainNya, bertawakallah pdNya.

Di penghujung surat ini Allah pun menghibur Nabi dan para kafilah dakwah bahwa pertolonganNya pasti kan datang…

“Kemudian Kami selamatkan Rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman. Demikianlah menjadi kewajiban atas Kami menyelamatkan orang-orang yang beriman.” (10:103)

Surat Huud. Intinya ada 3 perintah: "Fastaqim (istiqomah)" "wa laa tatghaw (jgn melampaui batas) "wa laa tarkanu (jangan menyerah)"

Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha melihat apa yang kamu kerjakan. (11:102)

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan. (11:103)

Surat Yusuf. Ini puncak 3 serial kisah Nabi yg penuh lika liku pahit getir namun berakhir indah dan bahagia bagi semua.

"Sehingga apabila para rasul tdk mempunyai harapan lagi dan telah meyakini bahwa mereka telah didustakan, datanglah kpd mrk pertolongan Kami" (12:110)

Surat Yusuf menegaskan bhw kemenangan dakwah dicapai dengan "taqwa(yakin)" dan "sabar"

"Sesungguhnya brgsiapa bertaqwa dan bersabar, mk sungguh Allah takkan menyia2kan jerih payah mereka" (12:90)

Maka, yakin (taqwa) adalah separo kemenangan, dan separonya lagi adalah sabar.

3 Surat yang menceritakan perjalanan dakwah para Nabi dengan dinamikanya masing-masing ini menguatkan pijakan Nabi disaat kritis.

Lalu Allah tuntaskan dengan menghibur Nabi lewat isro mi’roj yang monumental.

Twit2 tadi (dan tambahannya) yg aku pelajari dan dapatkan selama perjalananku bersama kafilah dakwah ini yg kian hari kian menyenangkan.

Kok menyenangkan? Ya, krn segala "teori" ttg dakwah dulu hanya sekedar teori, tapi hari2 ini teori itu mewujud nyata. Ini yg kutunggu.

Doeloe teori2 dakwah hanya spt menonton pilem. Kalo sekarang kita yg lagi maen di pilem itu. Jadi aktor utama. Apa ga keren tuh? It's real!

Berbahagialah Allah taqdirkan kita berada di tengah-tengah pusaran sejarah... bersama kafilah dakwah nan berkah.

Piyungan, 27 Rajab 1434

*by Admin @pkspiyungan

Kait layang2 atas pokok..

Bismillahirrahmanirrahim...
Allohummasolli’alamuhammad...

IndaH sungguh pagi ini. Haruman embun membawaku mengelamun. Entah kemana. Kelajuan 100km/j dirasakan begitu perlahan. Tangan kanan menggenggam kemas handle Himmah, memulasnya sehabis daya. Mujur almost traffic light sempat kukejar hijaunya..huhu..

Tiba di traffic light di hadapan Mydin Mall, aku diberhentikan oleh ‘kuasa merah’. Wayangan lamunanku juga terhenti. Mata memerhati satu persatu kenderaan yang lalu dihadapan. Pandanganku terpaku pada satu susuk tubuh itu. Beliau mengayuh dengan payah basikal tuanya. Kenderaan- kenderaan lain berjaya memintasi beliau walaupun pada awalnya beliaulah yang terkehadapan.Tudung berwarna coklat bersama jubah berbunga menyerlahkan kesopanan dan keayuan yang dimiliki. Sesekali kainnya terselak ditiup angin, tapi tidak menampakkan aurat. Ada stokin dan seluar panjang menutupi. 

Aku menguntum senyum.

“Kalau aku ...malulah nk bawak beskal sorang2 kat tengah2 jalan raye ni. Nak lintas guna traffic light laaagilah malu!.” monologku spontan.

“Mesti mak cik maniS ni berjiwe besO...berani..tak heran ape orang nk kate. Bukan buat mende haram pon! Cume skrg tak ramai org buat. Rase macam asingla skt. Spesel  apeee....kan?! “ hmm. Aku terkagum.

Neuron-neuron dalam otakku bagai bersambungan. Laju. Rasa terpempan tiba-tiba. Gulp!

Ya....ya....ya....semalam. Semalam..semalamlaa..semalamkan rabu~ heheh. Malam yang membuatku rase ‘sweet-sweet sour’ gituu..hati bagai direndam air cuka nak buat asam.Alkisahnye.

Tutup buku.

:: Bukakmateluas2, pakaispekmatekuasetinggipluSkantapembesaR ::

>>suka puisi di bawah. Sipi2 nk kene sy..huhu <3

Diamnya aku bukan membisu
Tunduknya aku bukan pemalu
Pandangan aku bukan termanggu
Jelingnya aku bukan membenci
Berkatanya aku bukan memerli

Gembiranya aku senyuman diukiri
Bisikan membenci aku tolak ketepi
Namun bisikan musuh tetap menyusuki
Api kemarahan menyebabkan migraine di kepala ini
Lantas aku siram dengan keimanan sejati

Sedihnya aku simpan di hati
Harap-harap tak kena sakit jantung bila dah tua nanti
Luahan hati aku tunggu di malam hari 
Menunggu saat tahajud aku pasrahkan pada Ilahi
Penghargaan aku bukan setakat terima kasih daun keladi

Bahkan lebih dekat di sanubari
Doaku telus berharap pada Ilahi
Keberkatan hidup dan ketenangan hati dalam jalan ini
Kemurahan rezeki dan keampunan dosa sebelum mati
Kerana aku yakin itu lebih hakiki

Setakat pujian berlana ke sana sini
Membodek tuan empunya badan tak henti-henti
Hingga aku dilihat pelik dan jauh untuk dirapati
Namun aku tetap tegar berprinsip sebegini
Penilaian fizikal aku tak peduli

Kerana pandangan hati pilihan Ilahi
Biar aku titipkan nasihat untuk diingati
Berbeza personaliti bukan untuk dijauhi
Ia keunikan yang harus diakui
Perbezaan yang sentiasa melengkapi

Jadi, jangan dilabel aku sesuka hati
Kalau diri sendiri tak reti nak memahami
Matlamat hidup aku jelas begini
Masih kaburkah untuk diperhati
Kalau rasa tak puas hati
Haha… sekali lagi ada aku peduli?


(Hapeja Chan et al; 2013)








Wednesday, 22 May 2013

P n em s_ci a


Tuhan
Aku mencongak sisa2 usia
Menghitung nafas yg terhela
Yg pastinya  tak mampu kukira
Kerana  itu masih rahsia...

Tuhan
Lapangan langitmu menyaksikan segala
Isian udaramu memerhati tiap ketika
Bahkan Engkau Maha Tahu tentunya..
Keperitan semalam membawaku mendekat ke sejadah lama,
Air mata tak segan menitis meraih hiba
Degupan jantung terasa bermakna
Engkau hapuskan ku punya dilema
Tertimbus kalam duka

teraba-raba dalam silau hidup

Tuhan
Hari ini ku kembali ketawa
Tapi syukurku pada-Mu tdk lama
Akrab itu kian sirna
Janji2 kumungkiri dgn tega
Hidayah-Mu kubiarkan berlalu tanpa disapa
Urghh...aku berada di zon selesa T_T

Tuhan
Engkau ternyata  tetap setia
Walau aku lena dlm alpa,
Sesekali lupa aku hanya hamba,
Hanya pengembara hina,
Mencari yang lain tika bahagia,
Menemui-Mu bila perlu saja,
Mengaku cinta tapi tak dikota,
Tapi Engkau tetap setia...

Duhai Tuhan,
Aku malu utk kembali membarukan cinta,
Sedang hati masih pudar bercalar dosa,
Sudikah Engkau menerima??
Pengemisanku di jendela sisa2 usia
Bukakanlah pintu al-Ghafur Yang maha Esa,
Aku ingin melarat di kidung doa yg bersisa...T_T


Masihkah Engkau sudi??




Sunday, 19 May 2013

atAS pokok ada haTi~


Tarik nafas.

Segar.

Udara nyaman yang memasuki rongga hidung bagai aliran elektrik yang mengecas urat2 saraf dan otakku. Terasa tenaga baru mula membekali langkah.

 Aku berjalan  dengan tujuan membungakan rasa hati sebenarnya,  tapi tiada arah tuju yang pasti. Kaki ini membawaku ke sebuah  taman . Hijau  lantai buminya  yang dipenuhi rerumput menjadi terapi mata. Laman yang bersih tanpa timbunan daun kering yang menutupi mengindahkan lagi suasana.

Aku berjalan dan berjalan menikmati alam. Sesekali pendengaranku menangkap suara nyanyian burung yang ceria berkicauan. Bahagia barangkali…:-)

Mataku tertancap pada sebatang pokok yang sederhana tinggi. Buahnya  yang berwarna merah hati melebat sehingga hampir menutupi daun. Warnanya yang menarik mengumpan seleraku untuk mencuba.

Melangkah perlahan mendekati.

Di bawah rendangan pohon itu, ada beberapa buahnya yang gugur.  Berbentuk hati. Unik!! Kuambil satu. Bau maniSnya menusuk hidung mencambah keinginanku untuk merasa. Kucium berkali-kali, baunya persis buah ciku…hmmm.

‘Sape punye pokok ni ye??’ bermonolog sendiri.

Mata melilau ke sekeliling; mencari2 manusia yang mungkin pemilik pohon istimewa ini. Kosong. Sepi.  Ternyata hanya aku di situ.

Hampa.

Tiba-tiba, lengan kananku terasa bagai dicuit lembut. Seorang gadis kecil berkerudung kelabu menghadiahkan sebuah  senyuman malu padaku. Menampakkan goresan  lesung pipit di kedua-dua belah pipinya. Matanya  yang agak kesepetan menambahkan ‘mahal’ pada nilainya. Heheh..

 Tanpa sepatah kata, dia menghulurkan padaku sebuah bakul rotan yang berisi buah-buah merah itu.
Matanya yang bersinar bagai kaca jernih memandangku tepat; umpama ada sesuatu yang ingin diluahkan. Namun, tiada suara yang tersua.

Huluran bakul itu kusambut baik bersulam balasan senyuman yang tak kurang indahnya.
Anggguk. Tanda terima kasih atas pemberiannya.

Dia berlalu pergi lambat-lambat dengan carikan bahagia yang masih belum sirna di bibirnya. Aku hanya memerhati. Layangan doa dan harapan kuhantar padanya. Semoga dia dipayungi rahmat illahi atas berkat kebaikannya pada hamba-Nya ini. Semoga dapat bertemu dia lagi insyaAllah.. :)
………………………………………………………………………………………………………


Buah hati.
Istimewa dan di kedudukan tersendiri.
Munculnya ku nanti,
Tiadanya ku cari,
Baiknya Dia yang meghadiahi,
Sesuatu yang unik dan tersembunyi,
Moga manisnya kekal sehingga dipanggil illahi,
Berterusan menapaki   taman Firdausi,
Semoga Allah redhai,
Cinta itu membina dan menyemakati,
Menguat dan membasahkan hati,
Menambah amali agar dikasihi nabi.
Saling menuntuni tidak iri,
Kerana keikhlasan sentiasa dijiwai
Demi memburu cinta Illahi <3

@@@ AsaHantariaNPena~
                                                                                                              To be continue…………………

Sunday, 12 May 2013

:: KD_KerEta DaKwah


SENTAP.

Sms yg diterima dr akhwat tercinta membuatkanku terdiam. Segala kerja2 mengemas pakaian dan barang2 keperluan utk berangkat ke Shah Alam diberhentikan serta-merta.

Kaku.

Aku duduk di tepian katil. Sms tadi dibaca sekali lagi. Mengharapkan ada kesilapan dlm pembacaan pertama tadi. Ternyata betul, tiada yg silap.Pasti.

Aku bertenang dlm beberapa minit. Mengumpul kekuatan baru sambil memikirkan inisiatif2 lain.
Jari-jemari ligat mengawal Corbyl yg setia di tangan. Mendail nombor rakan2 yang mungkin boleh membantu. Beberapa syarikat bas dihubungi utk bertanyakan tiket malam 4 Mei, tiket utk pulang mengundi. Semua menghampakan.

Alhamdulillah,  Allah mengilhamkanku utk menelefon seorang akhwat chanteK ini. Beliau menunjukkanku jalan keluar atas cabaran yg sekelumit itu...alhamdulillah3. Akhirnya, aku bisa menapak lagi ke Shah Alam untuk misi kafilah dakwah J
..................................................................................................................................................................
Jauh perjalanan, luas pemandangan, banyak pengalaman, bercambah pengetahuan, melaut kesyukuran, bertaut ukhuwah dan keterikatan. Sungguh !!

Malam 2 Mei 2013

Pertama kali menjadi co-pilot hampir sepanjang perjalanan ke sana merupakan pengalaman yg sungguh mengujakan. Apa tidaknya, kerusi ditepi pemandu adalah tempat yang kuidam-idamkan untuk diduduki sejak KD pertama lagi. Kenapa?? Supaya aku dpt merasai besarnya tanggungjawab seorang yang membantu pemandu meneruskan pemanduan berhemah di sepanjang perjalanan yang jauh itu. Memberi sokongan padu, semangat di samping menghiburkan si pemandu untuk menghilangkan kantuknya. Kadang2 menjadi pembantu untuk menyuap makanan atau menyuakan air tika driver kelaparan. Hehe..tapi hebat lagi peranan si pemandu.Of course.. Apakan daya, aku xreti memandu! Jadi hanya layak menjadi co-pilot laa.. ehehh.

Alhamdulillah, jika 1st KD dulu aku hanya membisu di kerusi paaaling belakang, mengelamun sendiri atau hanya mendengar apa yang akhwat2 bualkan, atau lebih tepat lagi tiDOo kununnya keletihan, tapi malam itu aku berpeluang merasai letihnya menahan mengantuk bersama driver sedang yang lain lena diulit nyaman malam. Alkisah, maka terbukalah pelbagai cerita sepanjang jihad mata kami itu.. disitulah keakraban terjalin....allahuakbar J

TrimasS utk ukhti cintE yg sudi menyemangati dan menemaniku stay up sepanjang menjadi co-pilot. Walaupun aku tahu...seharusnya atau  lebih bEsT utk tidO jee dlm bas tu kan..? hehe (sile prasan ye..)

3 Mei

SESAT.

Rupa2nya semua daripada kami tak tahu jalan! Kih3..dlm keributan mencari, plus perpecahan arah dgn rakan konvoi akhirnya memaksa kami utk meminta bantuan akhwati yg baEk, Kak Fiza. Beliau menjemput kami di tepi jalan sekitar Shah Alam dan kami dibawa ke rumah Mak Cik Syima; Akhwat KL yg amat berjasa sepanjang musafir kami di sana. Semoga Allah merahmati beliau sekeluarga. Aamiin..

Usai bersarapan, KD pun bermula. Belumpun sempat mandi sebenarnya, kami dipandu ke kawasan sekitar AD. Kawasan elit dimana sukar utk dimasuki kerana mempunyai guard yg sentiasa berkawal. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah kami berjaya mengedarkan flyers di beberapa rumah muslim di situ tanpa sekatan.

Sekitar jam 11.45 pagi, kami bergerak pula ke rumah flat di sekitar itu juga. Lupa namanya... dengan ketinggian 16 tingkat dan amat kurang hygiene tak mematahkan semangat semua akhwat utk menyebarluaskn risalah emas itu. Diteliti satu per satu rumah yang kemungkinan muslim, diselit risalah di celahan pagar dan pintu. Mendoakan agar risalah tersebut menjentik hati mereka utk mengundi calon muslim berwibawa di Parlimen S*.

Kemudian, tengaharinya kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan utk tugasan di masjid2 sekitar. Kami perlu menyelit pamphlet dan risalah di cermin2 kereta juga mengedarkan kepada para jemaah solat jumaat di situ.  Kelewatan tiba di masjid berkenaan menyebabkan kami tak sempat berbuat demikian secara menyeluruh ditambah rasa maluuu yg tak sikit pada mata2 jemaah yg memandang kepelikan..huhu.

Disebelah petangnya pula, kami mengiringi calon ke pasar malam utk merayu undi. Ini dikira pengalaman KD yang berbeza dari sebelumnya. Mendepani masyarakat secara pukal sambil banyak mata yang memerhati bersambut pula dengan pelbagai kata2 baik dan buruk...fuhHH! berpelOhh lebat !! Pelbagai reaksi yg diterima kami. Namun Alhamdulillah, kebanyakannya dikira positif dengan pelbagai riak wajah; menyambut huluran salam beserta senyuman manis, xkurang yang sekadar senyum kelat dengan dahi berkerut seratus, ada juga yang dari jauh sudah memberi isyarat ‘tidak’ dengan menunjukkan 5 jari ke depan tapi bibir tetap murah dengan senyuman...haha..macam2~

4 Mei

Seawal 6.50 pg kami bergerak ke bilik gerakan. Taklimat PACA dihadami selumat2nya. Seusai sarapan nasi lemak dan teh o panas sedaP, kami berpecah ke kawasan KD yang telah dibahagikan. Saya bersama 5 lagi akhwat comey ber’KD’ di Seksyen 4,5 dan6. Misi kami; menghabiskan flyers sebelum pilihanraya esoknya. Antara tempat yang kami datangi adalah deretan kedai, restoran, kedai servis kereta dan pasaraya2. Penat tp best...

KD ku berakhir pd tengaharinya. Perlu bergerak pulang ke Terengganu utk mengundi.....huhu. Jika diikutkan hati, mmg sangat teruja utk mengundi pd pertama kali, tp menjadi PACA dan berada di tempat BERJASA bertanding lbh mengujakan jiwa sebenarnya. Apakan daya, permintaan mak ayah harus jua disantuni.

Alhamdulillah3. Perjalanan pulang berjalan lancar. Dua driver berhemah berjaya meneraju Honda silver itu dengan mantOp sekali. Hehe... aku hanya diam menelinga di sepanjang perjalanan, sesekali bersuara menjawab soalan yang diajukan, senyum ketawa geli hati dengan topik yang dibualkan sambil mulut menyuap jajan... banyak pengisian berharga yang dpt kucedok secara tidak langsung drpd isi perbualan mereka
 (^-^)....plus melihat dan memerhati gelagat anak2 muda yang masih giat berkempen mengangkat parti keagungan masing2. Perang bendera sgt meriah terutamanya apabila memasuki Terengganu sehingga meredupi jalan..macam2!

HUHU..
Penat utk menulis semuanya di sini. Namun, apa yang pasti, KD umpama menjadikan seekor rama2 kecil bisa terbang tinggi bagai helang; boleh melihat dunia dari tempat tinggi, menjelmakan seekor kijang yang pengecut menjadi singa gagah yang digeruni...dan... ummm..semuanya yang pasti bergantung pada niat. Moge Allah redha dan menerima amal yg sedikit ini sbg pemberat mizan kelak..aamiin  :)

p/s: Amal jama’ie amat penting dlm mbuat apapon begitu juga dlm bermusafir. Jika ada ketuanya, jadi perlula utk mentaati beliau dlm permusafiran...jika tak, maka berlakulah perpecahan, sesat dsb..jom3, belajar dr pelajaran KD kita! ^^

Wallahualam.. <3


Thursday, 25 April 2013

............................


Sejuk. Angin malam menyapa wajah. Kedua-dua tangan disilangkan dan disembunyikan ke dalam tudung hijau yang dipakai.

Mata menjeling ke kiri. ‘Dia’ tenang memandang langit.
Senyum.

Kulontarkan pandangan ke langit tinggi. Serakan bintang yang berkerlipan menceriakan hamparan langit yang gelap. Sang bulan yang separa penuh memantulkan cahaya yang tak kurang gemerlapnya. Subhanallah, cantik amat...

“Apa impian hidup awak?” Suaranya memecah sunyi.

“Em?? Erk... impian hidup?...rahsia! eheHh”. Sengeh.
..................................................................................................................................................................
Melihat mad’u tercinta ‘membesar menggemuk’ di depan mata adalah harapan yang tidak pernah memudar. Matang dengan suapan tarbiyah yang dirasai manisnya bersama. Kuat dengan keteguhan iman serta keluhuran akhlak insan yang bercahaya. Berjati diri utuh sehingga sanggup berkorban demi islam tercinta...WahhH!!! beSARnye impian sayeRR~

Mudah berkata, tapi sukar nak dikota..(moOD muhasabah) T_T

Menjadi atau tidak mad’u yg ditatang AMAT bergantung pd kadar kesungguhan dan kecintaanmu untuk mendidik mereka duhai diri..... T_T

How’s your iman??
Sejauhmana mutabaah amalmu?
Heayy!! Brape kali p ziarah anak buahmu?? Xpon ajak makan2... (garu2 kpale)
Mesej pon segaN kan........ishh3..(geleng2 kpale)
Tahu ke ape yang mereka gemar?? (pejam mate pedihH)
huhu..jadi salah siapa??!

Tunduk. Air liur ditelan. Dalam.

Kata as-Syahid Imam Hassan al-Banna; "Sesungguhnya aku amat meridui seorang pemuda/pemudi yang tidak tidur lena kerana memikirkan masalah ummah.."

Kata mujadid itu lagi; "Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal. Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap. Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal. Medan berjihad yang hakiki tidak sama dengan medan berjihad yang palsu".

Gulp. Malu nk angkat kepala.
Aku hanya layak memandang lantai. Malunya pada Dia. Sangat...T_T

Duhai diri,
Engkau belum cukup lunyai dek bekerja utk Allah,
Belum cukup hebat memodalkan jasadmu demi Dia,
Belum cukup habis meminjami jiwamu untuk-Nya,
Hati2!! Takut2 jihadmu hanya palsu yang menipu mata,
Demi memenuhi kehendakmu pada dunia.
Periksa niatmu duhai sahaya,
Cukup ikhlaskah atau sekadar tontonan semata??,
Semahal mana harga pengorbananmu demi agama tercinta?
Sebesar mana himmahmu meraih syurga?
Mahu memimpin tangan yang lain juga
Atau menonong seorang diri saja?
Astagfirullah... ;’(

Tak dapat tidak, sepanjang ku memikirkan mad’u yang disayangi di luar, lebih2 lagi rasa cinta dan sayangku menggunung pada mereka di rumah...MY BELOVED FAMILY.

Senyap.

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam dan hari2 mendatang adalh lebih cemerlang drpd sebelumnya... moga Allah redha dan tunjukkan jalan-Nya pada saya,awak,kita dan mereka J

p/s: The TRuE MusLims will never sToP UntiL sHE/He mEEts ALLAH !!




Wednesday, 3 April 2013

Kemuncup2 rasa~


Bismillahirrahmanirrahim...:)

SeNyuuuUUUUUMMM =) hehe. Luar biasa perasaan hari ini...
Ku pandang kiri, ku pusing kanan. Kedua-dua belah telapak tangan diperhati, jari-jemari digerak2kan lalu dibilang satu persatu. Bilangannya cukup. Masih sama! Kemudian kujalarkan ia ke muka. Ku picit hidung, ku sentuh kening, ku usap jerawat-jerawat yang membukit..Tiada yang berbeza. Macam dulu... sempurna! Walaupun tak cantik tapi manis itu ada.....kih3 (merepEK saja...)

Senyum tetap tak lekang di bibir. Lesung pipit mencarik pipi yang lebar. Tampak ceria dari mata yang memandang. Namun tidak bagi si pemilik jiwa ini. Bagai ada sesuatu yang mengusik, ada ‘rasa’ yang terpercik, ada ‘ia’ yang tercarik ~

Allah...sukar untuk diusir perasaan ini. Rasa lama yang kembali meniti di tangkai hati.
 ‘ShuhHHHH !! pergilah menjauh.. T_T’
Kuputar diari ingatan pada sebuah lagu yg benar2 membangunkan himmahku dulu... dengar ya duhai jiwa~


Langkah mu tegap tegak mu sasa
Engkaulah pewaris risalah
Dengan semangat azam pemuda
Bawa panji menawar hidayah 

Dan bersujudlah hai mujahid muda
Di mihrab inilah dakwahmu bermula
Membina kekuatan hadapi rintangan
Mengumpul bekal sepanjang perjalanan

Hubungkanlah jiwamu dengan tuhan
Di mihrab inilah bermulanya seruan
Menyentuh jiwa insan mengenal tuhan
Nyalakan sinar generasi harapan

Hubungkanlah jiwamu dengan tuhan
Di mihrab inilah bermulanya seruan
Menyentuh jiwa insan mengenal tuhan
Nyalakan sinar generasi harapan

Tundukmu pada Yang Maha Kuasa
Ertimu bebas dari manusia
Tunjukkan usaha hanya pada-Nya
Inilah sujud kita
Inilah sujud kita yang merdeka~

Sunday, 24 March 2013

PiPiT & KeTiti itu ~


BERLARI....
Pantas kakiku berlari,
Langkah kaki kanan dan kiri bersilih ganti,
Ku pecut lagi,
Menambah kelajuan langkahan ini,
Aku ingin cepat smpai ke destinasi,
Namun dipertengahan jalan ini,
Perutku terasa bagai dicucuk duri,
Dada berombak kencang dan nafas sempit sekali,
Lalu kuperlahankan langkahan yang berbaki,
Kuurut dada berkali-kali,
‘huhhmmmmn..’ keluhan berat kubebasi..

Berehat sebentar di bawah pohon melati,
Lidahku kelu sepi,
Kepala kudongakkan ke langit tinggi,
Di sana kulihat sang pipit terbang riang bersama ketiti,
Ceria menyanyi menghibur hati,
Sesekali hinggap pada dahan jati,
Kemudian terbang lagi...
Tiba-tiba,
Datang sang helang merapati,
Mematuk dan melibas sayapnya pada si ketiti,
Tak berdaya si ketiti mempertahankan diri,
Tak sempat melulu pergi,
Lalu jatuhlah ia ke tanah mengikut arus graviti,
Berdarah kaki patah sayap di sisi,
Gesit menahan sakit tak terperi,
Datanglah si pipit menunjukkan empati,
Berdiri di sisi sokongan diberi,
Berkicau bising meminta simpati,
Mohon dibantu sahabat sejati,
Akhirnya si ketiti tiada bernyawa lagi,
Kesakitan yang dialami tidak sempat dirawati,
Lalu tinggallah si pipit seorang diri,
Menitis air mata menangisi,
Perginya ketiti teman menyanyi... :’(
Lantas terbanglah ia membawa diri,
Meneruskan hidup mencari rezeki,
Bersama jiwa yg sedih dan sunyi...

Pilunya hati menyaksikan itu,
Ada sesuatu yang DIA ingin khabarkan padaku,
Ku lihat di kiri dan kananku,
Dimanakah sahabatku itu??
Di sana.......(jari dihalakan ke belakang)kutinggalkan dia jauh beribu batu,
Apakah agaknya khabar ukhtiku??
Sihatkah beliau di situ?
Gembirakah menghadapi hidup di Terengganu?
Selesakah berjuang di medan yang satu?
Adakah bahagia dengan ujian yg berlalu?
Bisa tenang dengan nikmat yang bertamu??
Susah hatiku berlagu...
Rasa bersalah itu kembali membuntu,
‘Urgghhhh..!!, tegar hatiku melakukan itu’,
Meninggalkan beliau sendiri di situ..
‘Atau mungkin jua bukan salahku??’,
Egoku memujuk rayu,
Entah, aku buntu....

Maafkanku ukhtiku,
Aku tidak memberikan hak-hakmu,
Tak berakhlak selayaknya padamu,
Belum cukup memahamimu,
Semoga Allah merahmatimu, melindungimu, menyayangimu,
Walau di mana jua kakimu berhenti tentu,
Kerana hanya DIA sememangnya Tuhan yang sangat baik pada-Mu..selalu ...:)

MonoLoGiRamalayU~
24 mac 2013

Tuesday, 19 March 2013

I seE and I feEL


Dengan asma-NYA yang Maha IndaH.............. 
Selawat dan salam buat Baginda Rasullah saw kekasih kecintaan DIA  serta ahlul bait yg mulia <3

Seindah nama2-Nya, seagung zatnya DIA.... tak terlafaz rasa kagumku pada kehebatan Allah menciptakan alam fana. Melebar senyumku di sepanjang perjalanan ke tempat kerja. Hati mekar berbunga-bunga.

Melalui jalan yg sering kugunakan untuk ke sekolah rendahku dulu membuatkanku terimbau kenangan lama. Mengayuh basikal merah tidak berbrek mengundang bahaya yg tidak diduga. Aku melanggar seekor lembu gemuk!! Lututku luka berdarah, tak jadi ke sekolah. Menangis sambil berjalan pulang ke rumah...Lembu itu pula berlagak bagai tiada apa2 yang berlaku. Berjalan melulu terus ke padang tanpa menoleh ke belakang.kih3..(> <) Kenangan~

Jalan yang sempit, tak bertar sempurna dan penuh lopak disepanjang parit yang cetek itu memaksa aku menunggang perlahan penuh hati-hati. Bendang menghijau yang terbentang luas di kiri dan kanan menarik pesona. Rumah-rumah kampung di tepi sawah mencantikkan lagi pemandangan desa. Contengan awanan di langit tinggi yang kebiruan menambah seri alam ini. Subhanallah3x...cantik sekali!! Titisan-titisan embun pagi mengkaburkan pandangan. Mengkabus segala yang dipandang dari kejauhan.Sengaja kubuka viper helmetku, agar wajah nyaman terkena titisan suci itu.

Memasuki laluan Kg Bukit, kekagumanku kian menggunung. Pemandangan bukit-bukau yang teguh memasak bumi amat kusukai. Ia merupakan pemandangan yang berbeza daripada jalan-jalan yang sering kugunakan untuk ke UMT. Kesesakan lalu lintasdi jalan tertentu adalah satu  hakikat yang harus kubiasakan. Namun, untung aku bisa menyelit antara puluhan kenderaan itu..alhamdulillah.Small matter...heheh. Yang penting aku suka suasana dan pemandangannya...:)

Kebiasaannya ku tiba di TD Poultry lebih kurang jam 7.50 pagi. Perjalanan selama 15 minit ke situ kurasakan bagai satu terapi jiwa yang menyegarkan ...hehe.suke3x (> <).Jujur kukatakan, aku amat teruja dan gembira ditempatkan di situ. Pengalaman bekerja bersama ayam2 yg sgt ‘wangi’ adalah satu catatan baru dalam kamus hidupku. Benar. Tipulah jika tiada sebarang rasa tak selesa dengan bau yg menusuk hidung atau dengan kerenah pekerja serta staf yg pelbagai, tapi itulah realiti alam pekerjaan yg sebenar! Aku harus pandai menyesuaikan diri, mengawal emosi serta berakhlak sebaiknya di kilang bertuah itu. Alhamdulillah, setakat ini aku berjaya mendepaninya J

Teringat satu perbualan antara aku dan seorang pekerja di situ.
 Beliau bertanya ... “Emm, maah saye nok tanye awok ning..saye bukang nok nyibok, nok tanye je..”. Tak rela kubiarkan jiwanya bertandatanya. Lalu kuizinkan beliau berbuat demikian.
“Awok keje dalam kilang ayang, dok nyusoh ke paka tudong beso tu?? Dok kene daroh ayang kerr???”, soalnya.
Aku senyum. “Tak...”. Jawabku ringkas. Tunduk.
 Ia cuma satu soalan biasa. Tapi bisa menggugah iman dan pendirian jika tiada kejelasan matlamat. Moge Allah tsabatkanku pada jalan yang lurus, jalan yg dicintai-Nya...aamiin J

Selama lebih kurang sebulan di situ,aku kira ada satu dua perkara yang kurasakan bakal memberi kesan pada diriku. Apa dia? Pertama; masalah pendengaranku kian terjejas dek bunyi bising mesin2 besar dalam kilang memproses ayam itu. Kedua; masalah resdungku juga makin parah akibat debu-debu tebal yang kuhidu percuma ketika bekerja disamping debuan hitam yang menempel pada muka...huhu..SENYUM SAJA~

Aku benar2 sudah jatuh cinta! bukan kerana kerja itu, tapi lokasinya sangat dekat dengan pantai kecintaanku ^______^ . Apa lagi, sangat kerap aku menjadi tetamu setianya. Usai kerja dan solat, terus memacu Himmah ke sana. Duduk di atas batu-batu sambil mata dihidang keindahan lukisan alami. Telinga mendengar alunan muzik ombak pantai. waaaahhhhhhhhHHHHH ~ syokk!

Mungkin sesiapa yg membaca ni merasakan “ apelaa dayah ni, mende2 remeh ni pon nak feeling2..Biase aje kalo tengok..haha”....dan aku akn jawab “biaq pi la!saya punya suka hati...~”. Ops! Kasarnye..^^ heheh..tapi itulah maksud saye....:)
Sekian <3 <3 <3

Carta hati


Dengan nama Allah yg Maha Pengasih Maha Penyayang~
Moga sampai cintaku kepada baginda ...

~ moga tak diuji
asyik cinta duniawi
mengharap teduh redha Illahi
kerna segala kurnia
hadirnya hanya pinjaman
sungguh ku syukuri kesempatan
bahagia.. ~
(Kias Cinta> Suhaimi)

“Berjaya di dunia letaknya di hati??”

“Ya. Terletak pada qalbun salim (hati yg sejahtera). Hati yg bisa dimiliki oleh orang kaya, miskin, ternama, marhaen, cantik, hodoh, pemerintah mahupun rakyat. Hati itulah yg dinilai oleh Allah di padang Mahsyar kelak.”

“Anakku, hati itulah yg perlu kita miliki sebelum kembali. Itulah ‘syurga’ di hati kita. Itulah kecemerlangan di dunia yg menjadi petanda kecemerlangan akhirat. Jika di hati kita tidak punya syurga tersebut ketika hidup di dunia, maka kita sukar mendapat syurga yg abadi di akhirat nanti!”

“Kita akan terus diuji. Beruntunglah kerana ujian itu masih ada. Allah masih sudi menguji kita. Hidup masih berbaki. Jika gagal, kita berpeluang untuk mengulang. Mencintai syurga bukan bererti meminggirkan dunia, kerana ada ‘syurga’ di sini yang wajib kita miliki sebelum layak menikmati syurga di sana.”

(Ustaz Pahrol Mohd Juoi dari kolum Beduk Diketuk, Solusi edisi 52)


Aku meniti setiap inci ruang hati kurniaan Tuhan,
Menyelongkar sejauhmana ku capai ‘syurga’ idaman,
Ternyata terlalu banyak lagi yang harus ku usahakan,
Masih jauh dan panjang perjalanan,
Mengejar itu menuntut tak sedikit pengorbanan,
Ada hati yang perlu ku sisihkan,
Ada nama yang terpaksa kupulaukan,
Ada sifat dan tabiat yang harus dineutralkan,
Kerana sunnatullah telah menetapkan,
Hanya SATU yang boleh merajai ‘kerajaan’,
tiada dua, bukan tiga, atau berbilangan,
Justeru, penting untukku pilih yang terbaik dan selayaknya untuk kesekian,
Tiada lain hanya DIA...Tuhan T_T

Duhai Allah, saksikanlah! Aku sedaya cuba merobohkan ‘berhala’ dlm hati ini yg sekian lama utuh, berpasak tanpa sedarku. Mohon bimbingan dan kekuatan-Mu ya Rabb...meletakkan nama-Mu di tangga teratas carta hatiku T.T
EngkauYgTerataS~
2.28 am 19 mac 2013

Monday, 11 March 2013

GAM GAJAH~



Dengan nama-NYA, illah yang maha pengasih maha lembut
Selawat dan salam ke atas baginda Rasulallah saw dan keluarga baginda....

Sejuk. Bunyi kipas siling yang sedang berpusing perlahan memecah sunyi malam. Radio ikim yang baru didengar melalui ‘earphone’ ditutup siarannya kembali. Sengaja mengamati setiap not bunyi kipas  serta suasana malam ini.

Aroma vico panas sungguh mengujakan. Membawa segenap deriaku benar-benar beriaksi dengan optimum. Mata kian cerah menatap arkib kenangan yang agak lama tidak dibuka. Sengaja.

Satu persatu gambar mereka kutatap. Semua ada...K Fiza, K Solehah, K Yana, K Mira, Ada, Adah, K Nor, Syafiqah, Aman, Jiha, Dekya, K Zie, Tipah, Arifah, Nadiah, K Hana, K Akma dan ramai lagi sedang beriaksi. Rakaman setiap peristiwa yang berlaku di sebalik gambar itu kebanyakannya ku tahu. Ada juga yang tidak...heheh. Namun, tak banyak gambarku di dalam lembaran  ‘cerita-cerita’ itu. Kenapa ya?

SENYUM yg lesu :). Aku tahu jawapannya. Terasa malu pada diri dan mereka bertamu. Alhamdulillah......... Sungguh, ketsiqohanku pada-Nya membesar. Betapa kusedar membukitnya hikmah yang dapat kukutip dari setiap yang pernah kulalui dulu. DIA telah tunjukkan banyak padaku. Terlalu!  Lantas kudapati aku yang hari ini sebenarnya agak berbeza. Mungkin tiada yang  sedar. Tapi aku saaaangat merasai itu. Semoga perubahan yang telah dan sedang kuusahakan tidak lagi menyesakkan dadaku sendiri dan orang lain tentu. Tapi mustahil...pasti Allah akan uji. Sedang pun..huhu. Apapun, biar apa jua ujian yang sama didatangkan, semoga aku bersikap lebih matang dan rasional dalam mendepaninya, dengan petunjuk dan panduan dari-Nya serta Rasul termulia. InsyaAllah.... J

Untuk post kali ni tiada puisi.... huhu. Kenapa?? Entah. Aku rasa hambar. Mungkin tiada esok untuk kuhampar...? Hamparan Hidayah kan..> <..Fullstop. Sekian ~

~ RinDukiTabsYaraHal-Hikamku....sob3 ~

11 mac 2013 (12.50 am) Rumahku syurgaku