Sejuk. Angin malam menyapa wajah. Kedua-dua tangan
disilangkan dan disembunyikan ke dalam tudung hijau yang dipakai.
Mata menjeling ke kiri. ‘Dia’ tenang memandang langit.
Senyum.
Kulontarkan pandangan ke langit tinggi. Serakan bintang yang
berkerlipan menceriakan hamparan langit yang gelap. Sang bulan yang separa
penuh memantulkan cahaya yang tak kurang gemerlapnya. Subhanallah, cantik
amat...
“Apa impian hidup awak?” Suaranya memecah sunyi.
“Em?? Erk... impian hidup?...rahsia! eheHh”. Sengeh.
..................................................................................................................................................................
Melihat mad’u tercinta ‘membesar menggemuk’ di depan mata
adalah harapan yang tidak pernah memudar. Matang dengan suapan tarbiyah yang
dirasai manisnya bersama. Kuat dengan keteguhan iman serta keluhuran akhlak
insan yang bercahaya. Berjati diri utuh sehingga sanggup berkorban demi islam
tercinta...WahhH!!! beSARnye impian sayeRR~
Mudah berkata, tapi sukar nak dikota..(moOD muhasabah) T_T
Menjadi atau tidak mad’u yg ditatang AMAT bergantung pd
kadar kesungguhan dan kecintaanmu untuk mendidik mereka duhai diri..... T_T
How’s your iman??
Sejauhmana mutabaah amalmu?
Heayy!! Brape kali p ziarah anak buahmu?? Xpon ajak
makan2... (garu2 kpale)
Mesej pon segaN kan........ishh3..(geleng2 kpale)
Tahu ke ape yang mereka gemar?? (pejam mate pedihH)
huhu..jadi salah siapa??!
Tunduk. Air liur ditelan. Dalam.
Kata as-Syahid Imam Hassan al-Banna; "Sesungguhnya aku amat meridui seorang pemuda/pemudi yang tidak
tidur lena kerana memikirkan masalah ummah.."
Kata mujadid itu lagi; "Medan bercakap tidak sama dengan
medan berkhayal. Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap. Medan berjihad
tidak sama dengan medan beramal. Medan berjihad yang hakiki tidak sama dengan
medan berjihad yang palsu".
Gulp.
Malu nk angkat kepala.
Aku
hanya layak memandang lantai. Malunya pada Dia. Sangat...T_T
Duhai diri,
Engkau belum cukup lunyai dek
bekerja utk Allah,
Belum cukup hebat memodalkan
jasadmu demi Dia,
Belum cukup habis meminjami
jiwamu untuk-Nya,
Hati2!! Takut2 jihadmu hanya
palsu yang menipu mata,
Demi memenuhi kehendakmu pada
dunia.
Periksa niatmu duhai sahaya,
Cukup ikhlaskah atau sekadar
tontonan semata??,
Semahal mana harga pengorbananmu
demi agama tercinta?
Sebesar mana himmahmu meraih
syurga?
Mahu memimpin tangan yang
lain juga
Atau menonong seorang diri saja?
Astagfirullah... ;’(
Tak
dapat tidak, sepanjang ku memikirkan mad’u yang disayangi di luar, lebih2 lagi
rasa cinta dan sayangku menggunung pada mereka di rumah...MY BELOVED FAMILY.
Senyap.
Semoga
hari ini lebih baik daripada semalam dan hari2 mendatang adalh lebih cemerlang
drpd sebelumnya... moga Allah redha dan tunjukkan jalan-Nya pada saya,awak,kita
dan mereka J
p/s:
The TRuE MusLims will never sToP UntiL sHE/He mEEts ALLAH !!
No comments:
Post a Comment