Tarik nafas.
Segar.
Udara nyaman
yang memasuki rongga hidung bagai aliran elektrik yang mengecas urat2 saraf dan
otakku. Terasa tenaga baru mula membekali langkah.
Aku berjalan dengan tujuan membungakan rasa hati sebenarnya,
tapi tiada arah tuju yang pasti. Kaki
ini membawaku ke sebuah taman . Hijau lantai buminya yang dipenuhi rerumput menjadi terapi mata.
Laman yang bersih tanpa timbunan daun kering yang menutupi mengindahkan lagi
suasana.
Aku berjalan
dan berjalan menikmati alam. Sesekali pendengaranku menangkap suara nyanyian
burung yang ceria berkicauan. Bahagia barangkali…:-)
Mataku
tertancap pada sebatang pokok yang sederhana tinggi. Buahnya yang berwarna merah hati melebat sehingga hampir
menutupi daun. Warnanya yang menarik mengumpan seleraku untuk mencuba.
Melangkah
perlahan mendekati.
Di bawah
rendangan pohon itu, ada beberapa buahnya yang gugur. Berbentuk hati. Unik!! Kuambil satu. Bau
maniSnya menusuk hidung mencambah keinginanku untuk merasa. Kucium
berkali-kali, baunya persis buah ciku…hmmm.
‘Sape punye
pokok ni ye??’ bermonolog sendiri.
Mata melilau
ke sekeliling; mencari2 manusia yang mungkin pemilik pohon istimewa ini. Kosong.
Sepi. Ternyata hanya aku di situ.
Hampa.
Tiba-tiba,
lengan kananku terasa bagai dicuit lembut. Seorang gadis kecil berkerudung
kelabu menghadiahkan sebuah senyuman
malu padaku. Menampakkan goresan lesung
pipit di kedua-dua belah pipinya. Matanya yang agak kesepetan menambahkan ‘mahal’ pada
nilainya. Heheh..
Tanpa sepatah kata, dia menghulurkan padaku
sebuah bakul rotan yang berisi buah-buah merah itu.
Matanya yang
bersinar bagai kaca jernih memandangku tepat; umpama ada sesuatu yang ingin
diluahkan. Namun, tiada suara yang tersua.
Huluran
bakul itu kusambut baik bersulam balasan senyuman yang tak kurang indahnya.
Anggguk. Tanda terima kasih atas pemberiannya.
Anggguk. Tanda terima kasih atas pemberiannya.
Dia berlalu
pergi lambat-lambat dengan carikan bahagia yang masih belum sirna di bibirnya.
Aku hanya memerhati. Layangan doa dan harapan kuhantar padanya. Semoga dia dipayungi
rahmat illahi atas berkat kebaikannya pada hamba-Nya ini. Semoga dapat bertemu
dia lagi insyaAllah.. :)
………………………………………………………………………………………………………
Buah hati.
Istimewa dan di kedudukan tersendiri.
Munculnya ku nanti,
Tiadanya ku cari,
Baiknya Dia yang meghadiahi,
Sesuatu yang unik dan tersembunyi,
Moga manisnya kekal sehingga
dipanggil illahi,
Berterusan menapaki taman Firdausi,
Semoga Allah redhai,
Cinta itu membina dan menyemakati,
Menguat dan membasahkan hati,
Menambah amali agar dikasihi nabi.
Saling menuntuni tidak iri,
Kerana keikhlasan sentiasa dijiwai
Demi memburu cinta Illahi <3
@@@
AsaHantariaNPena~
To be
continue…………………
No comments:
Post a Comment