SENTAP.
Sms yg diterima dr akhwat tercinta membuatkanku terdiam.
Segala kerja2 mengemas pakaian dan barang2 keperluan utk berangkat ke Shah Alam
diberhentikan serta-merta.
Kaku.
Aku duduk di tepian katil. Sms tadi dibaca sekali lagi.
Mengharapkan ada kesilapan dlm pembacaan pertama tadi. Ternyata betul, tiada yg
silap.Pasti.
Aku bertenang dlm beberapa minit. Mengumpul kekuatan baru
sambil memikirkan inisiatif2 lain.
Jari-jemari ligat mengawal Corbyl yg setia di tangan.
Mendail nombor rakan2 yang mungkin boleh membantu. Beberapa syarikat bas
dihubungi utk bertanyakan tiket malam 4 Mei, tiket utk pulang mengundi. Semua
menghampakan.
Alhamdulillah, Allah mengilhamkanku
utk menelefon seorang akhwat chanteK ini. Beliau menunjukkanku jalan keluar
atas cabaran yg sekelumit itu...alhamdulillah3. Akhirnya, aku bisa menapak lagi
ke Shah Alam untuk misi kafilah dakwah J
..................................................................................................................................................................
Jauh perjalanan, luas pemandangan, banyak pengalaman,
bercambah pengetahuan, melaut kesyukuran, bertaut ukhuwah dan keterikatan.
Sungguh !!
Malam 2 Mei 2013
Pertama kali menjadi co-pilot
hampir sepanjang perjalanan ke sana merupakan pengalaman yg sungguh mengujakan.
Apa tidaknya, kerusi ditepi pemandu adalah tempat yang kuidam-idamkan untuk
diduduki sejak KD pertama lagi. Kenapa?? Supaya aku dpt merasai besarnya tanggungjawab
seorang yang membantu pemandu meneruskan pemanduan berhemah di sepanjang
perjalanan yang jauh itu. Memberi sokongan padu, semangat di samping menghiburkan si
pemandu untuk menghilangkan kantuknya. Kadang2 menjadi pembantu untuk menyuap
makanan atau menyuakan air tika driver
kelaparan. Hehe..tapi hebat lagi peranan si pemandu.Of course.. Apakan daya, aku xreti memandu! Jadi hanya layak menjadi
co-pilot laa.. ehehh.
Alhamdulillah, jika 1st
KD dulu aku hanya membisu di kerusi paaaling belakang, mengelamun sendiri atau
hanya mendengar apa yang akhwat2 bualkan, atau lebih tepat lagi tiDOo kununnya
keletihan, tapi malam itu aku berpeluang merasai letihnya menahan mengantuk
bersama driver sedang yang lain lena diulit nyaman malam. Alkisah, maka terbukalah pelbagai cerita sepanjang jihad mata kami itu.. disitulah keakraban terjalin....allahuakbar J
TrimasS utk ukhti cintE yg sudi menyemangati dan menemaniku stay up sepanjang menjadi co-pilot.
Walaupun aku tahu...seharusnya atau lebih bEsT utk
tidO jee dlm bas tu kan..? hehe (sile prasan ye..)
3 Mei
SESAT.
Rupa2nya semua daripada kami tak tahu jalan! Kih3..dlm
keributan mencari, plus perpecahan
arah dgn rakan konvoi akhirnya memaksa kami utk meminta bantuan akhwati yg
baEk, Kak Fiza. Beliau menjemput kami di tepi jalan sekitar Shah Alam dan kami
dibawa ke rumah Mak Cik Syima; Akhwat KL yg amat berjasa sepanjang musafir kami
di sana. Semoga Allah merahmati beliau sekeluarga. Aamiin..
Usai bersarapan, KD pun bermula. Belumpun sempat mandi
sebenarnya, kami dipandu ke kawasan sekitar AD. Kawasan elit dimana
sukar utk dimasuki kerana mempunyai guard
yg sentiasa berkawal. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah kami berjaya
mengedarkan flyers di beberapa rumah
muslim di situ tanpa sekatan.
Sekitar jam 11.45 pagi, kami bergerak pula ke rumah flat di
sekitar itu juga. Lupa namanya... dengan ketinggian 16 tingkat dan amat kurang hygiene tak mematahkan semangat semua
akhwat utk menyebarluaskn risalah emas itu. Diteliti satu per satu rumah yang
kemungkinan muslim, diselit risalah di celahan pagar dan pintu. Mendoakan agar
risalah tersebut menjentik hati mereka utk mengundi calon muslim berwibawa di
Parlimen S*.
Kemudian, tengaharinya kami dibahagikan kepada beberapa
kumpulan utk tugasan di masjid2 sekitar. Kami perlu menyelit pamphlet dan
risalah di cermin2 kereta juga mengedarkan kepada para jemaah solat jumaat di
situ. Kelewatan tiba di masjid berkenaan
menyebabkan kami tak sempat berbuat demikian secara menyeluruh ditambah rasa
maluuu yg tak sikit pada mata2 jemaah yg memandang kepelikan..huhu.
Disebelah petangnya pula, kami mengiringi calon ke pasar
malam utk merayu undi. Ini dikira pengalaman KD yang berbeza dari sebelumnya.
Mendepani masyarakat secara pukal sambil banyak mata yang memerhati bersambut
pula dengan pelbagai kata2 baik dan buruk...fuhHH! berpelOhh lebat !! Pelbagai
reaksi yg diterima kami. Namun Alhamdulillah, kebanyakannya dikira positif
dengan pelbagai riak wajah; menyambut huluran salam beserta senyuman manis,
xkurang yang sekadar senyum kelat dengan dahi berkerut seratus, ada juga yang
dari jauh sudah memberi isyarat ‘tidak’ dengan menunjukkan 5 jari ke depan tapi
bibir tetap murah dengan senyuman...haha..macam2~
4 Mei
Seawal 6.50 pg kami bergerak ke bilik gerakan. Taklimat PACA
dihadami selumat2nya. Seusai sarapan nasi lemak dan teh o panas sedaP, kami
berpecah ke kawasan KD yang telah dibahagikan. Saya bersama 5 lagi akhwat comey ber’KD’ di Seksyen 4,5 dan6. Misi kami; menghabiskan flyers sebelum pilihanraya esoknya. Antara tempat yang kami
datangi adalah deretan kedai, restoran, kedai servis kereta dan pasaraya2.
Penat tp best...
KD ku berakhir pd tengaharinya. Perlu bergerak pulang ke
Terengganu utk mengundi.....huhu. Jika diikutkan hati, mmg sangat teruja utk
mengundi pd pertama kali, tp menjadi PACA dan berada di tempat BERJASA
bertanding lbh mengujakan jiwa sebenarnya. Apakan daya, permintaan mak ayah
harus jua disantuni.
Alhamdulillah3. Perjalanan pulang berjalan lancar. Dua driver berhemah berjaya meneraju Honda
silver itu dengan mantOp sekali. Hehe... aku hanya diam menelinga di sepanjang
perjalanan, sesekali bersuara menjawab soalan yang diajukan, senyum ketawa geli
hati dengan topik yang dibualkan sambil mulut menyuap jajan... banyak pengisian berharga yang dpt kucedok secara tidak langsung
drpd isi perbualan mereka
(^-^)....plus
melihat dan memerhati gelagat anak2 muda yang masih giat berkempen mengangkat
parti keagungan masing2. Perang bendera sgt meriah terutamanya apabila memasuki
Terengganu sehingga meredupi jalan..macam2!
HUHU..
Penat utk menulis semuanya di sini. Namun, apa yang pasti,
KD umpama menjadikan seekor rama2 kecil bisa terbang tinggi bagai helang; boleh
melihat dunia dari tempat tinggi, menjelmakan seekor kijang yang pengecut
menjadi singa gagah yang digeruni...dan... ummm..semuanya yang pasti bergantung
pada niat. Moge Allah redha dan menerima amal yg sedikit ini sbg pemberat mizan
kelak..aamiin :)
p/s: Amal jama’ie amat penting dlm mbuat apapon begitu juga
dlm bermusafir. Jika ada ketuanya, jadi perlula utk mentaati beliau dlm
permusafiran...jika tak, maka berlakulah perpecahan, sesat dsb..jom3, belajar
dr pelajaran KD kita! ^^
Wallahualam.. <3
No comments:
Post a Comment