Dengan asma-NYA yang Maha IndaH..............
Selawat dan
salam buat Baginda Rasullah saw kekasih kecintaan DIA serta ahlul bait yg mulia <3
Seindah nama2-Nya, seagung zatnya DIA.... tak terlafaz rasa
kagumku pada kehebatan Allah menciptakan alam fana. Melebar senyumku di
sepanjang perjalanan ke tempat kerja. Hati mekar berbunga-bunga.
Melalui jalan yg sering kugunakan untuk ke sekolah rendahku
dulu membuatkanku terimbau kenangan lama. Mengayuh basikal merah tidak berbrek
mengundang bahaya yg tidak diduga. Aku melanggar seekor lembu gemuk!! Lututku
luka berdarah, tak jadi ke sekolah. Menangis sambil berjalan pulang ke
rumah...Lembu itu pula berlagak bagai tiada apa2 yang berlaku. Berjalan melulu
terus ke padang tanpa menoleh ke belakang.kih3..(> <) Kenangan~
Jalan yang sempit, tak bertar sempurna dan penuh lopak
disepanjang parit yang cetek itu memaksa aku menunggang perlahan penuh
hati-hati. Bendang menghijau yang terbentang luas di kiri dan kanan menarik pesona.
Rumah-rumah kampung di tepi sawah mencantikkan lagi pemandangan desa. Contengan
awanan di langit tinggi yang kebiruan menambah seri alam ini. Subhanallah3x...cantik
sekali!! Titisan-titisan embun pagi mengkaburkan pandangan. Mengkabus segala
yang dipandang dari kejauhan.Sengaja kubuka viper
helmetku, agar wajah nyaman terkena titisan suci itu.
Memasuki laluan Kg Bukit, kekagumanku kian menggunung.
Pemandangan bukit-bukau yang teguh memasak bumi amat kusukai. Ia merupakan pemandangan
yang berbeza daripada jalan-jalan yang sering kugunakan untuk ke UMT. Kesesakan
lalu lintasdi jalan tertentu adalah satu
hakikat yang harus kubiasakan. Namun,
untung aku bisa menyelit antara puluhan kenderaan itu..alhamdulillah.Small matter...heheh. Yang penting aku
suka suasana dan pemandangannya...:)
Kebiasaannya ku tiba di TD Poultry lebih kurang jam 7.50
pagi. Perjalanan selama 15 minit ke situ kurasakan bagai satu terapi jiwa yang
menyegarkan ...hehe.suke3x (> <).Jujur kukatakan, aku amat teruja dan
gembira ditempatkan di situ. Pengalaman bekerja bersama ayam2 yg sgt ‘wangi’
adalah satu catatan baru dalam kamus hidupku. Benar. Tipulah jika tiada
sebarang rasa tak selesa dengan bau yg menusuk hidung atau dengan kerenah
pekerja serta staf yg pelbagai, tapi itulah realiti alam pekerjaan yg sebenar!
Aku harus pandai menyesuaikan diri, mengawal emosi serta berakhlak sebaiknya di
kilang bertuah itu. Alhamdulillah, setakat ini aku berjaya mendepaninya J
Teringat satu perbualan antara aku dan seorang pekerja di
situ.
Beliau bertanya ... “Emm, maah saye nok tanye awok ning..saye bukang nok
nyibok, nok tanye je..”. Tak rela kubiarkan jiwanya bertandatanya. Lalu
kuizinkan beliau berbuat demikian.
“Awok keje dalam kilang ayang, dok nyusoh ke paka tudong
beso tu?? Dok kene daroh ayang kerr???”, soalnya.
Aku senyum. “Tak...”. Jawabku ringkas. Tunduk.
Ia cuma satu soalan
biasa. Tapi bisa menggugah iman dan pendirian jika tiada kejelasan matlamat. Moge
Allah tsabatkanku pada jalan yang lurus, jalan yg dicintai-Nya...aamiin J
Selama lebih kurang sebulan di situ,aku kira ada satu dua perkara yang kurasakan bakal memberi kesan
pada diriku. Apa dia? Pertama; masalah pendengaranku kian terjejas dek bunyi
bising mesin2 besar dalam kilang memproses ayam itu. Kedua; masalah resdungku
juga makin parah akibat debu-debu tebal yang kuhidu percuma ketika bekerja
disamping debuan hitam yang menempel pada muka...huhu..SENYUM SAJA~
Aku benar2 sudah jatuh cinta! bukan kerana kerja itu, tapi lokasinya sangat dekat dengan pantai kecintaanku ^______^ . Apa lagi, sangat kerap aku menjadi tetamu setianya. Usai kerja dan
solat, terus memacu Himmah ke sana. Duduk di atas batu-batu sambil mata
dihidang keindahan lukisan alami. Telinga mendengar alunan muzik ombak pantai.
waaaahhhhhhhhHHHHH ~ syokk!
Mungkin sesiapa yg membaca ni merasakan “ apelaa dayah ni,
mende2 remeh ni pon nak feeling2..Biase aje kalo tengok..haha”....dan aku akn
jawab “biaq pi la!saya punya suka hati...~”. Ops! Kasarnye..^^ heheh..tapi
itulah maksud saye....:)
Sekian <3 <3 <3
No comments:
Post a Comment