BERLARI....
Pantas
kakiku berlari,
Langkah kaki
kanan dan kiri bersilih ganti,
Ku pecut
lagi,
Menambah
kelajuan langkahan ini,
Aku ingin
cepat smpai ke destinasi,
Namun
dipertengahan jalan ini,
Perutku
terasa bagai dicucuk duri,
Dada
berombak kencang dan nafas sempit sekali,
Lalu
kuperlahankan langkahan yang berbaki,
Kuurut dada
berkali-kali,
‘huhhmmmmn..’
keluhan berat kubebasi..
Berehat
sebentar di bawah pohon melati,
Lidahku kelu
sepi,
Kepala
kudongakkan ke langit tinggi,
Di sana
kulihat sang pipit terbang riang bersama ketiti,
Ceria
menyanyi menghibur hati,
Sesekali
hinggap pada dahan jati,
Kemudian
terbang lagi...
Tiba-tiba,
Datang sang
helang merapati,
Mematuk dan
melibas sayapnya pada si ketiti,
Tak berdaya
si ketiti mempertahankan diri,
Tak sempat melulu
pergi,
Lalu
jatuhlah ia ke tanah mengikut arus graviti,
Berdarah
kaki patah sayap di sisi,
Gesit
menahan sakit tak terperi,
Datanglah si
pipit menunjukkan empati,
Berdiri di
sisi sokongan diberi,
Berkicau
bising meminta simpati,
Mohon
dibantu sahabat sejati,
Akhirnya si
ketiti tiada bernyawa lagi,
Kesakitan
yang dialami tidak sempat dirawati,
Lalu
tinggallah si pipit seorang diri,
Menitis air
mata menangisi,
Perginya
ketiti teman menyanyi... :’(
Lantas
terbanglah ia membawa diri,
Meneruskan
hidup mencari rezeki,
Bersama jiwa
yg sedih dan sunyi...
Pilunya hati
menyaksikan itu,
Ada sesuatu
yang DIA ingin khabarkan padaku,
Ku lihat di
kiri dan kananku,
Dimanakah sahabatku
itu??
Di sana.......(jari
dihalakan ke belakang)kutinggalkan dia jauh beribu batu,
Apakah
agaknya khabar ukhtiku??
Sihatkah
beliau di situ?
Gembirakah
menghadapi hidup di Terengganu?
Selesakah
berjuang di medan yang satu?
Adakah
bahagia dengan ujian yg berlalu?
Bisa tenang
dengan nikmat yang bertamu??
Susah hatiku
berlagu...
Rasa
bersalah itu kembali membuntu,
‘Urgghhhh..!!,
tegar hatiku melakukan itu’,
Meninggalkan
beliau sendiri di situ..
‘Atau
mungkin jua bukan salahku??’,
Egoku
memujuk rayu,
Entah, aku
buntu....
Maafkanku
ukhtiku,
Aku tidak
memberikan hak-hakmu,
Tak
berakhlak selayaknya padamu,
Belum cukup
memahamimu,
Semoga Allah
merahmatimu, melindungimu, menyayangimu,
Walau di
mana jua kakimu berhenti tentu,
Kerana hanya
DIA sememangnya Tuhan yang sangat baik pada-Mu..selalu ...:)
MonoLoGiRamalayU~
24 mac 2013
No comments:
Post a Comment