Sunday 3 February 2013

Aku menjadi rama-rama

Dengan nama Allah yang Maha Kuat~
Selawat dan salam buat junjungan murobbi terhebat Rasulallah SAW <3

Mendongak ke langit. Bumbung bumi Trganu malam ini kelam dan kelabu.Tiada bintang. Tak berbulan. Kosong. Hujan yang baru saja menyimbah bumi menghantar sejuk dan damai di hati. Angin sepoi2 bahasa menyapa pipi. Dingin. Namun sayu di jiwa tak jua mahu menjauh. hhuhhmmm.

" Tinggalkan rasa sayu yang tak berpunca itu.Makin dilayan makin membuntu. Hanya DIA yang mententeramkan tentu. Jangan biarkan hatimu layu. Ada irama namun tak berlagu. Sakit jika berkayu apatah lagi membatu. Naudzubillah"....Iman memujuk.

Hujung jari-jemari kanan mengetuk pintu rumah AST sambil bibir cuba melebar, dipaksa untuk mengukir senyum sebelum pintu dibuka.Pintu dikuak perlahan menjemput kaki ini melangkah masuk.
Cuba sedaya melirik senyum pada penghuni di dalamnya.Manis juga..^^ Masing2 sibuk di hadapan laptop. Namun, mulut tetap rancak berbual. Riuh. Apa tidaknya, ada Dekya pencetus suasana..hehe..Aku? hanya sekali dua bersuara. Buat2 khusyuk menaip.Kih3.. Sesekali keceriaan mereka mencuit reseptor bahagiaku..'Pasti suatu hari akan kurindu kalian..'..hati membisik.

Kotak ingatanku statik pada memori semalam. Mengecas rasa syukurku pada setiap kurniaan Tuhan yang Maha Penyayang. Menggali hikmah di setiap ujian yang pernah melintang di hadapan :) Subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar..

5 TAHUN MENCARI CINTA

Siapa sangka?? kepompong  yang bergantungan pada dahan2 disebalik dedaunan tersimpan didalamnya ulat beluncas yang akhirnya menjadi rama2 yang cantik berwarna-warni. Subhanallah..maha hebat ciptaan Allah.Kan??? 

AKULAH RAMA-RAMA TU!!!
hehehh..perasan! ya, aku menjadi rama2..yang cantik,sopan, ayu,malu (ceewaahh) selepas 5 tahun mencari cinta. Xpercaya?? percayalah..
Seorang yang agak pasif, pendiam, kaku dalm pergaulan. Walau sederhana dalam pelajaran malah tidak punya masalah disiplin di sekolah, ternyata itu juga buat aku tertekan. Kosong. Kosong.Kosong! Ya,its zero...kosong kerana hati kering.Kontang tanpa simbahan ayat2cinta-Nya. Lidah kelu dari tarian zikir rabbani... naseb baik kaki ni masih sudi melangkah ke majlis2 agama dan kelas fardu ain. Tu pun kadang2..huhu.Solat pun hebat. Zohor dan asar asyik 'menjamak'. Puasa qada' pulak harus dibentak2 mak baru habis diganti. Rapat dengan Ramadhan berikutnya. Heheh..Dahsyat!

Accident yang berlaku selepas habis SPM merubah segala..ye ke? xjugak..masih ada yg sama..hehe..tapi, accident itu sangat best! yup, best sangat...sebab merasakan diri sgt dihargai. Orang yang bercakap tapi suaranya tenggelam timbul mcm bercakap bawah selimutni didengari suara dan isi hatinya oleh org lain.Wah...Walau xpunya bakat dalam berkata2 spt mana2 pemidato2 hebat diluar sana, mahupun spt presenter yang laju celotehnya atau mana2 manusia yang memang hobinya bercakap sepanjang masa.. aku berpeluang mengasah skill komunikasi serta pembawakan diri. Bahkan aku boleh menjadi spt pembaca berita, kadang2 sbg story teller...pernah juga jd penyayi, tapi byk kali aku jadi pelakon..wah,hebatkan?? kih3..siapa sangka....
Satu perkara yg paaaaaalinnggg aku suka ialah belajar memasak..^^ pertama kali ditugaskn mnjadi AJK Makanan bersama K Solehah adlh sgt osem! Masak dlm kuantiti yg banyak dgn tenaga yg kurang adalah sgt payah bgku...tp pengalaman itu sgt bharga sbb sbnarnye tulah kali pertama aku masak betol2..betol2 means masak cukup package..nasi putih,tom yam dgn telur dadar..airnye da lupee.. alhamdulillah ramai yg suke masakan kami :) Kemudian bermulalah episod aku sebagai AJK Makanan dlm kebanyakan program.. kata mereka aku pandai masak..ada jgk yg cop MUKA DAPUR! kih33..kali ni aku mmg nk gelak besar. Dorang xtau, aku sbnarnya sgt kayu bab masak2 ni. Mak sndiri pun xbagi aku tanak nasi lepas nasi hangit berkali2..masak air bolehla... tp pengalamn nilah yang buat aku lbh rajin masak dan cipte resepi sndiri..
Subhanallah..byk betul yg aku belajar....alhamdulillah3..

Kalau nak diingatkan balik, terlalu banyak hikmah dr accident tu... apa yg paling aku terkesan, Allah xsia2kan setiap hamba-Nya. Setiap manusia ada kelebihan masing2..Ya, mmg aku cemburu pada yang pandai berkata2 dan berani.. tapi aku mmg xberbakat ke arah tu walau sgt teringin jadi spt itu... tapi kini aku yakin pada bakat di sebalik tabir :) Diam2 pun boleh buat keje dan bg sumbangan ape..? boleh masak, boleh melukis, bahkan tolong hantar ambik orang naik motor pun stu sumbangan..xperlu ckp pon. Tp senyum tu penting..hehe.

Allah..accident dengan jalan TARBIYAH ni sgt memberi erti dlm hidup setiap yg mengecapinya. Aku pasti tu!! begitu juga aku... bersama jaln ini aku mengenal DIA dgn lbh rapat. Rupanya, DIA dah lama dekaaat dgnku...:') aku je yg xpernah tau. Berada di jln ni juga membawa aku mengenali ramai org2 yg istimewa. Special di mata manusia dan di mata Allah juga insyaAllah. Baik akhlak mereka merasakan kedekatan aku pada Rasulallah.Sunnah baginda sedaya dihidupkan bersama.Iman sama2 dijaga dan saling mngingatkan sentiasa. Siapa sangka? kami xpernah terfikir untuk saling kenal dulu, tapi skrg makan setalam berkongsi sudu, tidur sebantal tanpa kelambu. Jika dulu kalau jumpa jd malu2, tp kini baru berpisah pun dah rindu2...subhanallah..indahnya nikmat ukhuwah kerana Allah :)

Tak terhitung anugerah tarbiyah dr Allah ini. Mana mungkin kusia2kan sebegitu sja..? rugi3...!! Sudah2lah dengan zaman gelapku dulu. Bukankh kegelapan itu mengerikan?? Aku dah diberi lampu suluh...aku dah diberi peta..akn ku cari jalan menuju DIA. Tiada sia mencari cinta.Kerana aku sedar ku ada Pencipta. Aku pula hanya hamba. Tiada istimewa. Tp aku bisa jadi istimewa. Bagaimana?? Anda tahu jawapannya..:)

Aku menjadi rama-rama,
cantik berseri warna merona,
lembut menghayun sayap meredah udara,
walau xbisa terbang tinggi mencecah awan sana,
cukuplah menjadi kawanan si bunga raya,
menambah seri hiasan taman di dunia,
menjadi tatapan si manusia,
agar bisa berfikir keagungan tuhannya..

Keluarlah rama2 dari kepompong itu,
didalamnya sempit lg gelap tentu,
di luar sana ada cahaya menunggu,
sedia menyinar untukmu,
kuatkan semangatmu pecahkan kepompong itu,
ia x sesukar yg kau tahu,
pasakkan yakinmu pada yang satu,
kerana DIAlah tempat yg bakal kita tuju...:')

Semalamhinggahariini...:)disisi'mereka'

p/s: Tarbiyah bukan utk org yg sempurna kerana bilamana dirasakan diri sdh smpurna, dia akn berhenti mencari dan mperbaiki diri. Tp tarbiyah adalah untuk mereka yg sentiasa mujahadah mencari makna diri menimba bekal utk bertemu-Nya suatu hari nanti..:)

JOM JADI ISTIMEWA DGN TARBIYAH !! JOM JADI RAMA_RAMA2^^


Serambi kasih ukhti

Dengan nama Allah yang Maha Perkasa~

Allah..sob3...laju air mata mengalir.Tunduk. Mata tertancap ke lantai. Dikesat berkali2 namun tetap jua keluar tanpa segan. Sedih. Sayu.Gembira.Perasaan berbaur. Kedua2 belah telapak tangan diraub ke muka. Menyapu cecair itu. Melekit.Senyuman tiba2 tercarik.Cantik!!! senyuman paalinggg manis dihadiahkn buat diri sendiri juga buat hati yang berhak. Puas! alhamdulillah...terakam sebuah bait2 puisi pengubat duka..yang sebenarnya telah lama dcipta. Tersimpan kemas dalam diari ingatan...:)

Duhai Tuhan penyembuh duka,
andai aku menangis,
jadikanlah tangisan itu kerana rasa takutku pada-Mu,
bukan asbab hilangnya sesuatu dariku,
andai aku tertawa,
biarlah tawa itu atas rasa syukur untuk-Mu,
bukan pula atas duka orang lain tentu,
andai aku marah,
janganlah marah itu dari percikan api nafsuku,
tapi kerna-Mu,
andai aku kecewa,
kecewakanlah aku pada dosa2ku pada-Mu,
bukan kerana ujian tarbiyah hadiah dari-Mu,
andai aku sunyi,
biar sepi tanpa teman disisi selalu,
namun bukan sunyi dari kasih-sayangMu padaku,
andai aku rindu,
besarkanlah rasa rinduku hanya buat-Mu jua kekasih-Mu,
juga buat hati2 yang melabuhkan rindu pada-Mu,
andai aku bertemu-Mu,
sampaikanlah rasa kasih aku pada mereka sahabat buat hatiku,
kerana dengan mereka kenanganku tercipta,
dan kerana merekalah aku merasai manisnya cinta-Mu serta nikmatnya ukhuwahfillah itu..:')

Serambikasihukhti <3