Dengan nama Allah yg Maha
Pengasih Maha Penyayang~
Moga sampai cintaku
kepada baginda ...
~ moga tak diuji
asyik cinta duniawi
mengharap teduh redha Illahi
kerna segala kurnia
hadirnya hanya pinjaman
sungguh ku syukuri kesempatan
bahagia.. ~
asyik cinta duniawi
mengharap teduh redha Illahi
kerna segala kurnia
hadirnya hanya pinjaman
sungguh ku syukuri kesempatan
bahagia.. ~
(Kias
Cinta> Suhaimi)
“Berjaya di dunia letaknya di hati??”
“Ya. Terletak pada qalbun salim (hati yg sejahtera). Hati yg bisa dimiliki oleh orang
kaya, miskin, ternama, marhaen, cantik, hodoh, pemerintah mahupun rakyat. Hati
itulah yg dinilai oleh Allah di padang Mahsyar kelak.”
“Anakku, hati itulah yg perlu kita miliki
sebelum kembali. Itulah ‘syurga’ di hati kita. Itulah kecemerlangan di dunia yg
menjadi petanda kecemerlangan akhirat. Jika di hati kita tidak punya syurga
tersebut ketika hidup di dunia, maka kita sukar mendapat syurga yg abadi di
akhirat nanti!”
“Kita akan terus diuji. Beruntunglah kerana
ujian itu masih ada. Allah masih sudi menguji kita. Hidup masih berbaki. Jika
gagal, kita berpeluang untuk mengulang. Mencintai syurga bukan bererti meminggirkan
dunia, kerana ada ‘syurga’ di sini yang wajib kita miliki sebelum layak
menikmati syurga di sana.”
(Ustaz Pahrol Mohd Juoi dari kolum Beduk Diketuk, Solusi edisi 52)
Aku meniti setiap inci ruang hati kurniaan
Tuhan,
Menyelongkar sejauhmana ku capai ‘syurga’
idaman,
Ternyata terlalu banyak lagi yang harus ku
usahakan,
Masih jauh dan panjang perjalanan,
Mengejar itu menuntut tak sedikit pengorbanan,
Ada hati yang perlu ku sisihkan,
Ada nama yang terpaksa kupulaukan,
Ada sifat dan tabiat yang harus dineutralkan,
Kerana sunnatullah
telah menetapkan,
Hanya SATU yang boleh merajai ‘kerajaan’,
tiada dua, bukan tiga, atau berbilangan,
Justeru, penting untukku pilih yang terbaik dan
selayaknya untuk kesekian,
Tiada lain hanya DIA...Tuhan T_T
Duhai Allah, saksikanlah!
Aku sedaya cuba merobohkan ‘berhala’ dlm hati ini yg sekian lama utuh, berpasak
tanpa sedarku. Mohon bimbingan dan kekuatan-Mu ya Rabb...meletakkan nama-Mu di
tangga teratas carta hatiku T.T
EngkauYgTerataS~
2.28 am 19 mac 2013
T_T
ReplyDelete