Sunday 7 December 2014

Merangka S.Y.U.K.U.R

Bismillahirrahmanirrahim...
Selawat dan salam ditutur istimewa buat junjungan Rasullallah SAW serta keluarga baginda..

Tarik nafasssss..hembusss.. :D baru terasa cerah membuntang mate ni haaa..

Rasa bahagia hari ini? Kalau tak bahagia pun mungkin ada tempias gembira...?? ada.... alhamdulillah3x... :) perasan tak, kadang-kadang kita tak tahu atau tak perasan pun punca atau asbab kita rasa bahagia/tenang/ gembira pada sekian saat dan waktu..kan?! but, we feel it! dan kita mengambil nikmat itu dengan sepenuh jiwa dan perasaan kita sehingga orang sekeliling pun merasai tempias aura bahagia yang kita rasa. Subhanallah..

Sayangnya, jarang-jarang saja kita melihat kebungaan dan kepelangian rasa dalam jiwa kita itu sebagai satu penawar daripada Allah buat hamba-Nya. Sesekali saja kita memandang ia sebagai satu pemujuk Allah buat insan yang sering diuji dalam pentas kehidupannya. Allah memeluk hati kita untuk terus merasa kehangatan kasih sayang-Nya pada kita. Kan?!

Subhanallah.. syukurlah duhai diri, betapa beruntungnya  :')

:: MOOD KONVOKESYEN ::

Tahniah dan syabas buat akhawat, sahabat atau kenalan yang meraikan kejayaan menghabiskan pembelajaran masing-masing.. diploma, ijazah mahupun master. Konvokesyen; satu majlis yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh sesiapa sahaja yang melangkah ke alam universiti. Tapi sekarang, di tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah pun dah ada majlis konvokesyen ni..(takpalah, itu cerita lain..hehe).




" Nah, bunge.. ni je hok paling muroh...", kata mok sambil menghulurkan sejambak ros merah. Tiga kuntum semuanya. Wajahnya yang menjadi kemerahan kesan rembesan tangisan bahagia itu kutatap dengan senyuman manis lantas tangannya kusalami bersambut pelukan dan kucupan mesra.

" Yeay!! buleh bungeee!^^Terima kasih mok ... :) ..", balasku kegirangan. Tak kusangka. Mereka sudi untuk belikan bunga walaupun aku tidaklah begitu berharap untuk mendapatkannya dari sesiapa pun. Tapi teringin juga bergambar dengan bunga bersama segala attire konvo kannnn..eheh.

Pak (ayahku) pula berdiri bersilangan tangan sambil memerhatikan kami. Lagak bersahaja bagai tiada apa-apa yang berlaku. Walaupun memang begitulah gayanya, tapi dari mata tuanya yang berkaca jernih itu dapat terlihat kegembiraan yang disembunyikan.
"Terima kasih pak..:)..", kataku dengan senyuman yang sama.

Itu ceritaku setahun yang lalu. Nostalgia merasai mood bergraduasi. Syukur dapat membanggakan ibu bapa waktu itu walaupun pelbagai cerita suka duka dan lara terpaksa didepani untuk membayar yuran graduasi. Alhamdulillah..

:: KERJA OH KERJAYA...

Memegang status graduan bukanlah seindah yang disangka. Indah angan-angan dari rupanya. Tiada pelangi indah selepas senja... dan apa sajalah perumpamaan atau kata-kata yang sesuai ditempelkan di situ. Begitulah sejujurnya.

Memasuki alam kerjaya sememangnya tidak sama dengan alam belajar. Tambahan lagi, menjadi insan yang semakin tua ini menuntut kita mengemban tanggungjawab yang lebih besar dan berat. Jika dulu kita boleh saja merengek minta duit dari mak ayah, tapi sekarang terasa ia adalah amat tidak wajar. Pandai-pandaila nak hidup...~

"Timbalan Eksekutif Operasi"... satu posisi kerja yang telah ditakdirkan Allah untukku sejak 8 bulan yang lalu. Tanpa disangka-sangka.Tanpa mengisi resume kerja atau temuduga pemilihan. Tanpa perlu mencari, bahkan aku yang dihubungi. Itulah rezeki dan ketetapan Allah untukku. Alhamdulillah..

Namun, ia tidaklah semudah yang disangka. Pasti ada ujian dan cabaran yang harus didepani. Kepadatan kerja, cabaran berurusan dengan orang lain, pertembungan masa kerja dengan urusan dakwah dan tarbiyah menjadi asam garam sejak bergelar pekerja. Pada masa yang sama, jiwa dijerut dilema antara memburu cita-cita dan berkorban demi cinta. Walaubagaimanapun, pilihan harus dibuat dengan sepenuh tawakkal kepada-Nya.

Pilihan yang dibuat tidaklah mengorbankan mana-mana pilihan yang ada. Dengan izin-Nya, dengan kekuatan yang dipinjamkan kupilih untuk mendapatkan kedua-duanya dengan seiring dan sejalan, berusaha sehabis baik untuk istiqomah dan istimrar dalam amal d n t ini pada masa yang sama tidak mengabaikan keperluan untuk memperoleh pendapatan. Satu keperluan untuk bergerak dan beramal dalam program tarbiyah mahupun dakwah serta keperluan untuk menyara hidup sendiri dan keluarga sedikit sebanyak.

Syukur Allah masih sayang.
Diri ini kadangkala meleka dan tersasar dari niat dan tujuan asal.. kadangkala lalai dengan kemengahan tuntutan kerja demi menaikkan prestasi syarikat dan memenuhi kehendak majikan sehingga tuntutan dakwah pula diterabaikan. Kadangkala terlalu melayan kepenatan badan dek bekerja lebih masa sehingga menzalimi mad'u yang dahagakan perhatian. Namun, bekalan tarbiyah serta sokongan insan-insan utusan Allah menyemangatiku untuk terus memilih jalan sukar ini. Memilih untuk terus melebar manfaat seluas yang mungkin. Inilah tarbiyah Allah!

Di hamparan ini, sebenarnya tidak semua yang dapat aku tulis..atau ini sahaja yang Allah detikkan dalam benakku atau ini saja yang mampu kusedari kenikmatannya antara seinfiniti lagi nikmat-nikmat lain yang Allah berikan...itupun setelah keluhan demi keluhan diluahkan.Begitulah manusia.. Terlalu lambat mendahului syukur berbanding kata keluhan dan ketidakpuasan hati. Tapi belum terlambat untuk kita mengucapkan kata syukur.

" Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan, "SESUNGGUHNYA JIKA KAMU BERSYUKUR, NISCAYA AKU AKAN MENAMBAH (NIKMAT) KEPADAMU, TETAPI JIKA KAMU MENGINGKARI (NIKMAT-KU), MAKA PASTI AZAB-KU SANGAT BERAT"
Surah Ibrahim :7

Wallahualam.. <3





No comments:

Post a Comment