Wednesday 22 May 2013

P n em s_ci a


Tuhan
Aku mencongak sisa2 usia
Menghitung nafas yg terhela
Yg pastinya  tak mampu kukira
Kerana  itu masih rahsia...

Tuhan
Lapangan langitmu menyaksikan segala
Isian udaramu memerhati tiap ketika
Bahkan Engkau Maha Tahu tentunya..
Keperitan semalam membawaku mendekat ke sejadah lama,
Air mata tak segan menitis meraih hiba
Degupan jantung terasa bermakna
Engkau hapuskan ku punya dilema
Tertimbus kalam duka

teraba-raba dalam silau hidup

Tuhan
Hari ini ku kembali ketawa
Tapi syukurku pada-Mu tdk lama
Akrab itu kian sirna
Janji2 kumungkiri dgn tega
Hidayah-Mu kubiarkan berlalu tanpa disapa
Urghh...aku berada di zon selesa T_T

Tuhan
Engkau ternyata  tetap setia
Walau aku lena dlm alpa,
Sesekali lupa aku hanya hamba,
Hanya pengembara hina,
Mencari yang lain tika bahagia,
Menemui-Mu bila perlu saja,
Mengaku cinta tapi tak dikota,
Tapi Engkau tetap setia...

Duhai Tuhan,
Aku malu utk kembali membarukan cinta,
Sedang hati masih pudar bercalar dosa,
Sudikah Engkau menerima??
Pengemisanku di jendela sisa2 usia
Bukakanlah pintu al-Ghafur Yang maha Esa,
Aku ingin melarat di kidung doa yg bersisa...T_T


Masihkah Engkau sudi??




Sunday 19 May 2013

atAS pokok ada haTi~


Tarik nafas.

Segar.

Udara nyaman yang memasuki rongga hidung bagai aliran elektrik yang mengecas urat2 saraf dan otakku. Terasa tenaga baru mula membekali langkah.

 Aku berjalan  dengan tujuan membungakan rasa hati sebenarnya,  tapi tiada arah tuju yang pasti. Kaki ini membawaku ke sebuah  taman . Hijau  lantai buminya  yang dipenuhi rerumput menjadi terapi mata. Laman yang bersih tanpa timbunan daun kering yang menutupi mengindahkan lagi suasana.

Aku berjalan dan berjalan menikmati alam. Sesekali pendengaranku menangkap suara nyanyian burung yang ceria berkicauan. Bahagia barangkali…:-)

Mataku tertancap pada sebatang pokok yang sederhana tinggi. Buahnya  yang berwarna merah hati melebat sehingga hampir menutupi daun. Warnanya yang menarik mengumpan seleraku untuk mencuba.

Melangkah perlahan mendekati.

Di bawah rendangan pohon itu, ada beberapa buahnya yang gugur.  Berbentuk hati. Unik!! Kuambil satu. Bau maniSnya menusuk hidung mencambah keinginanku untuk merasa. Kucium berkali-kali, baunya persis buah ciku…hmmm.

‘Sape punye pokok ni ye??’ bermonolog sendiri.

Mata melilau ke sekeliling; mencari2 manusia yang mungkin pemilik pohon istimewa ini. Kosong. Sepi.  Ternyata hanya aku di situ.

Hampa.

Tiba-tiba, lengan kananku terasa bagai dicuit lembut. Seorang gadis kecil berkerudung kelabu menghadiahkan sebuah  senyuman malu padaku. Menampakkan goresan  lesung pipit di kedua-dua belah pipinya. Matanya  yang agak kesepetan menambahkan ‘mahal’ pada nilainya. Heheh..

 Tanpa sepatah kata, dia menghulurkan padaku sebuah bakul rotan yang berisi buah-buah merah itu.
Matanya yang bersinar bagai kaca jernih memandangku tepat; umpama ada sesuatu yang ingin diluahkan. Namun, tiada suara yang tersua.

Huluran bakul itu kusambut baik bersulam balasan senyuman yang tak kurang indahnya.
Anggguk. Tanda terima kasih atas pemberiannya.

Dia berlalu pergi lambat-lambat dengan carikan bahagia yang masih belum sirna di bibirnya. Aku hanya memerhati. Layangan doa dan harapan kuhantar padanya. Semoga dia dipayungi rahmat illahi atas berkat kebaikannya pada hamba-Nya ini. Semoga dapat bertemu dia lagi insyaAllah.. :)
………………………………………………………………………………………………………


Buah hati.
Istimewa dan di kedudukan tersendiri.
Munculnya ku nanti,
Tiadanya ku cari,
Baiknya Dia yang meghadiahi,
Sesuatu yang unik dan tersembunyi,
Moga manisnya kekal sehingga dipanggil illahi,
Berterusan menapaki   taman Firdausi,
Semoga Allah redhai,
Cinta itu membina dan menyemakati,
Menguat dan membasahkan hati,
Menambah amali agar dikasihi nabi.
Saling menuntuni tidak iri,
Kerana keikhlasan sentiasa dijiwai
Demi memburu cinta Illahi <3

@@@ AsaHantariaNPena~
                                                                                                              To be continue…………………

Sunday 12 May 2013

:: KD_KerEta DaKwah


SENTAP.

Sms yg diterima dr akhwat tercinta membuatkanku terdiam. Segala kerja2 mengemas pakaian dan barang2 keperluan utk berangkat ke Shah Alam diberhentikan serta-merta.

Kaku.

Aku duduk di tepian katil. Sms tadi dibaca sekali lagi. Mengharapkan ada kesilapan dlm pembacaan pertama tadi. Ternyata betul, tiada yg silap.Pasti.

Aku bertenang dlm beberapa minit. Mengumpul kekuatan baru sambil memikirkan inisiatif2 lain.
Jari-jemari ligat mengawal Corbyl yg setia di tangan. Mendail nombor rakan2 yang mungkin boleh membantu. Beberapa syarikat bas dihubungi utk bertanyakan tiket malam 4 Mei, tiket utk pulang mengundi. Semua menghampakan.

Alhamdulillah,  Allah mengilhamkanku utk menelefon seorang akhwat chanteK ini. Beliau menunjukkanku jalan keluar atas cabaran yg sekelumit itu...alhamdulillah3. Akhirnya, aku bisa menapak lagi ke Shah Alam untuk misi kafilah dakwah J
..................................................................................................................................................................
Jauh perjalanan, luas pemandangan, banyak pengalaman, bercambah pengetahuan, melaut kesyukuran, bertaut ukhuwah dan keterikatan. Sungguh !!

Malam 2 Mei 2013

Pertama kali menjadi co-pilot hampir sepanjang perjalanan ke sana merupakan pengalaman yg sungguh mengujakan. Apa tidaknya, kerusi ditepi pemandu adalah tempat yang kuidam-idamkan untuk diduduki sejak KD pertama lagi. Kenapa?? Supaya aku dpt merasai besarnya tanggungjawab seorang yang membantu pemandu meneruskan pemanduan berhemah di sepanjang perjalanan yang jauh itu. Memberi sokongan padu, semangat di samping menghiburkan si pemandu untuk menghilangkan kantuknya. Kadang2 menjadi pembantu untuk menyuap makanan atau menyuakan air tika driver kelaparan. Hehe..tapi hebat lagi peranan si pemandu.Of course.. Apakan daya, aku xreti memandu! Jadi hanya layak menjadi co-pilot laa.. ehehh.

Alhamdulillah, jika 1st KD dulu aku hanya membisu di kerusi paaaling belakang, mengelamun sendiri atau hanya mendengar apa yang akhwat2 bualkan, atau lebih tepat lagi tiDOo kununnya keletihan, tapi malam itu aku berpeluang merasai letihnya menahan mengantuk bersama driver sedang yang lain lena diulit nyaman malam. Alkisah, maka terbukalah pelbagai cerita sepanjang jihad mata kami itu.. disitulah keakraban terjalin....allahuakbar J

TrimasS utk ukhti cintE yg sudi menyemangati dan menemaniku stay up sepanjang menjadi co-pilot. Walaupun aku tahu...seharusnya atau  lebih bEsT utk tidO jee dlm bas tu kan..? hehe (sile prasan ye..)

3 Mei

SESAT.

Rupa2nya semua daripada kami tak tahu jalan! Kih3..dlm keributan mencari, plus perpecahan arah dgn rakan konvoi akhirnya memaksa kami utk meminta bantuan akhwati yg baEk, Kak Fiza. Beliau menjemput kami di tepi jalan sekitar Shah Alam dan kami dibawa ke rumah Mak Cik Syima; Akhwat KL yg amat berjasa sepanjang musafir kami di sana. Semoga Allah merahmati beliau sekeluarga. Aamiin..

Usai bersarapan, KD pun bermula. Belumpun sempat mandi sebenarnya, kami dipandu ke kawasan sekitar AD. Kawasan elit dimana sukar utk dimasuki kerana mempunyai guard yg sentiasa berkawal. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah kami berjaya mengedarkan flyers di beberapa rumah muslim di situ tanpa sekatan.

Sekitar jam 11.45 pagi, kami bergerak pula ke rumah flat di sekitar itu juga. Lupa namanya... dengan ketinggian 16 tingkat dan amat kurang hygiene tak mematahkan semangat semua akhwat utk menyebarluaskn risalah emas itu. Diteliti satu per satu rumah yang kemungkinan muslim, diselit risalah di celahan pagar dan pintu. Mendoakan agar risalah tersebut menjentik hati mereka utk mengundi calon muslim berwibawa di Parlimen S*.

Kemudian, tengaharinya kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan utk tugasan di masjid2 sekitar. Kami perlu menyelit pamphlet dan risalah di cermin2 kereta juga mengedarkan kepada para jemaah solat jumaat di situ.  Kelewatan tiba di masjid berkenaan menyebabkan kami tak sempat berbuat demikian secara menyeluruh ditambah rasa maluuu yg tak sikit pada mata2 jemaah yg memandang kepelikan..huhu.

Disebelah petangnya pula, kami mengiringi calon ke pasar malam utk merayu undi. Ini dikira pengalaman KD yang berbeza dari sebelumnya. Mendepani masyarakat secara pukal sambil banyak mata yang memerhati bersambut pula dengan pelbagai kata2 baik dan buruk...fuhHH! berpelOhh lebat !! Pelbagai reaksi yg diterima kami. Namun Alhamdulillah, kebanyakannya dikira positif dengan pelbagai riak wajah; menyambut huluran salam beserta senyuman manis, xkurang yang sekadar senyum kelat dengan dahi berkerut seratus, ada juga yang dari jauh sudah memberi isyarat ‘tidak’ dengan menunjukkan 5 jari ke depan tapi bibir tetap murah dengan senyuman...haha..macam2~

4 Mei

Seawal 6.50 pg kami bergerak ke bilik gerakan. Taklimat PACA dihadami selumat2nya. Seusai sarapan nasi lemak dan teh o panas sedaP, kami berpecah ke kawasan KD yang telah dibahagikan. Saya bersama 5 lagi akhwat comey ber’KD’ di Seksyen 4,5 dan6. Misi kami; menghabiskan flyers sebelum pilihanraya esoknya. Antara tempat yang kami datangi adalah deretan kedai, restoran, kedai servis kereta dan pasaraya2. Penat tp best...

KD ku berakhir pd tengaharinya. Perlu bergerak pulang ke Terengganu utk mengundi.....huhu. Jika diikutkan hati, mmg sangat teruja utk mengundi pd pertama kali, tp menjadi PACA dan berada di tempat BERJASA bertanding lbh mengujakan jiwa sebenarnya. Apakan daya, permintaan mak ayah harus jua disantuni.

Alhamdulillah3. Perjalanan pulang berjalan lancar. Dua driver berhemah berjaya meneraju Honda silver itu dengan mantOp sekali. Hehe... aku hanya diam menelinga di sepanjang perjalanan, sesekali bersuara menjawab soalan yang diajukan, senyum ketawa geli hati dengan topik yang dibualkan sambil mulut menyuap jajan... banyak pengisian berharga yang dpt kucedok secara tidak langsung drpd isi perbualan mereka
 (^-^)....plus melihat dan memerhati gelagat anak2 muda yang masih giat berkempen mengangkat parti keagungan masing2. Perang bendera sgt meriah terutamanya apabila memasuki Terengganu sehingga meredupi jalan..macam2!

HUHU..
Penat utk menulis semuanya di sini. Namun, apa yang pasti, KD umpama menjadikan seekor rama2 kecil bisa terbang tinggi bagai helang; boleh melihat dunia dari tempat tinggi, menjelmakan seekor kijang yang pengecut menjadi singa gagah yang digeruni...dan... ummm..semuanya yang pasti bergantung pada niat. Moge Allah redha dan menerima amal yg sedikit ini sbg pemberat mizan kelak..aamiin  :)

p/s: Amal jama’ie amat penting dlm mbuat apapon begitu juga dlm bermusafir. Jika ada ketuanya, jadi perlula utk mentaati beliau dlm permusafiran...jika tak, maka berlakulah perpecahan, sesat dsb..jom3, belajar dr pelajaran KD kita! ^^

Wallahualam.. <3