Sunday 24 March 2013

PiPiT & KeTiti itu ~


BERLARI....
Pantas kakiku berlari,
Langkah kaki kanan dan kiri bersilih ganti,
Ku pecut lagi,
Menambah kelajuan langkahan ini,
Aku ingin cepat smpai ke destinasi,
Namun dipertengahan jalan ini,
Perutku terasa bagai dicucuk duri,
Dada berombak kencang dan nafas sempit sekali,
Lalu kuperlahankan langkahan yang berbaki,
Kuurut dada berkali-kali,
‘huhhmmmmn..’ keluhan berat kubebasi..

Berehat sebentar di bawah pohon melati,
Lidahku kelu sepi,
Kepala kudongakkan ke langit tinggi,
Di sana kulihat sang pipit terbang riang bersama ketiti,
Ceria menyanyi menghibur hati,
Sesekali hinggap pada dahan jati,
Kemudian terbang lagi...
Tiba-tiba,
Datang sang helang merapati,
Mematuk dan melibas sayapnya pada si ketiti,
Tak berdaya si ketiti mempertahankan diri,
Tak sempat melulu pergi,
Lalu jatuhlah ia ke tanah mengikut arus graviti,
Berdarah kaki patah sayap di sisi,
Gesit menahan sakit tak terperi,
Datanglah si pipit menunjukkan empati,
Berdiri di sisi sokongan diberi,
Berkicau bising meminta simpati,
Mohon dibantu sahabat sejati,
Akhirnya si ketiti tiada bernyawa lagi,
Kesakitan yang dialami tidak sempat dirawati,
Lalu tinggallah si pipit seorang diri,
Menitis air mata menangisi,
Perginya ketiti teman menyanyi... :’(
Lantas terbanglah ia membawa diri,
Meneruskan hidup mencari rezeki,
Bersama jiwa yg sedih dan sunyi...

Pilunya hati menyaksikan itu,
Ada sesuatu yang DIA ingin khabarkan padaku,
Ku lihat di kiri dan kananku,
Dimanakah sahabatku itu??
Di sana.......(jari dihalakan ke belakang)kutinggalkan dia jauh beribu batu,
Apakah agaknya khabar ukhtiku??
Sihatkah beliau di situ?
Gembirakah menghadapi hidup di Terengganu?
Selesakah berjuang di medan yang satu?
Adakah bahagia dengan ujian yg berlalu?
Bisa tenang dengan nikmat yang bertamu??
Susah hatiku berlagu...
Rasa bersalah itu kembali membuntu,
‘Urgghhhh..!!, tegar hatiku melakukan itu’,
Meninggalkan beliau sendiri di situ..
‘Atau mungkin jua bukan salahku??’,
Egoku memujuk rayu,
Entah, aku buntu....

Maafkanku ukhtiku,
Aku tidak memberikan hak-hakmu,
Tak berakhlak selayaknya padamu,
Belum cukup memahamimu,
Semoga Allah merahmatimu, melindungimu, menyayangimu,
Walau di mana jua kakimu berhenti tentu,
Kerana hanya DIA sememangnya Tuhan yang sangat baik pada-Mu..selalu ...:)

MonoLoGiRamalayU~
24 mac 2013

Tuesday 19 March 2013

I seE and I feEL


Dengan asma-NYA yang Maha IndaH.............. 
Selawat dan salam buat Baginda Rasullah saw kekasih kecintaan DIA  serta ahlul bait yg mulia <3

Seindah nama2-Nya, seagung zatnya DIA.... tak terlafaz rasa kagumku pada kehebatan Allah menciptakan alam fana. Melebar senyumku di sepanjang perjalanan ke tempat kerja. Hati mekar berbunga-bunga.

Melalui jalan yg sering kugunakan untuk ke sekolah rendahku dulu membuatkanku terimbau kenangan lama. Mengayuh basikal merah tidak berbrek mengundang bahaya yg tidak diduga. Aku melanggar seekor lembu gemuk!! Lututku luka berdarah, tak jadi ke sekolah. Menangis sambil berjalan pulang ke rumah...Lembu itu pula berlagak bagai tiada apa2 yang berlaku. Berjalan melulu terus ke padang tanpa menoleh ke belakang.kih3..(> <) Kenangan~

Jalan yang sempit, tak bertar sempurna dan penuh lopak disepanjang parit yang cetek itu memaksa aku menunggang perlahan penuh hati-hati. Bendang menghijau yang terbentang luas di kiri dan kanan menarik pesona. Rumah-rumah kampung di tepi sawah mencantikkan lagi pemandangan desa. Contengan awanan di langit tinggi yang kebiruan menambah seri alam ini. Subhanallah3x...cantik sekali!! Titisan-titisan embun pagi mengkaburkan pandangan. Mengkabus segala yang dipandang dari kejauhan.Sengaja kubuka viper helmetku, agar wajah nyaman terkena titisan suci itu.

Memasuki laluan Kg Bukit, kekagumanku kian menggunung. Pemandangan bukit-bukau yang teguh memasak bumi amat kusukai. Ia merupakan pemandangan yang berbeza daripada jalan-jalan yang sering kugunakan untuk ke UMT. Kesesakan lalu lintasdi jalan tertentu adalah satu  hakikat yang harus kubiasakan. Namun, untung aku bisa menyelit antara puluhan kenderaan itu..alhamdulillah.Small matter...heheh. Yang penting aku suka suasana dan pemandangannya...:)

Kebiasaannya ku tiba di TD Poultry lebih kurang jam 7.50 pagi. Perjalanan selama 15 minit ke situ kurasakan bagai satu terapi jiwa yang menyegarkan ...hehe.suke3x (> <).Jujur kukatakan, aku amat teruja dan gembira ditempatkan di situ. Pengalaman bekerja bersama ayam2 yg sgt ‘wangi’ adalah satu catatan baru dalam kamus hidupku. Benar. Tipulah jika tiada sebarang rasa tak selesa dengan bau yg menusuk hidung atau dengan kerenah pekerja serta staf yg pelbagai, tapi itulah realiti alam pekerjaan yg sebenar! Aku harus pandai menyesuaikan diri, mengawal emosi serta berakhlak sebaiknya di kilang bertuah itu. Alhamdulillah, setakat ini aku berjaya mendepaninya J

Teringat satu perbualan antara aku dan seorang pekerja di situ.
 Beliau bertanya ... “Emm, maah saye nok tanye awok ning..saye bukang nok nyibok, nok tanye je..”. Tak rela kubiarkan jiwanya bertandatanya. Lalu kuizinkan beliau berbuat demikian.
“Awok keje dalam kilang ayang, dok nyusoh ke paka tudong beso tu?? Dok kene daroh ayang kerr???”, soalnya.
Aku senyum. “Tak...”. Jawabku ringkas. Tunduk.
 Ia cuma satu soalan biasa. Tapi bisa menggugah iman dan pendirian jika tiada kejelasan matlamat. Moge Allah tsabatkanku pada jalan yang lurus, jalan yg dicintai-Nya...aamiin J

Selama lebih kurang sebulan di situ,aku kira ada satu dua perkara yang kurasakan bakal memberi kesan pada diriku. Apa dia? Pertama; masalah pendengaranku kian terjejas dek bunyi bising mesin2 besar dalam kilang memproses ayam itu. Kedua; masalah resdungku juga makin parah akibat debu-debu tebal yang kuhidu percuma ketika bekerja disamping debuan hitam yang menempel pada muka...huhu..SENYUM SAJA~

Aku benar2 sudah jatuh cinta! bukan kerana kerja itu, tapi lokasinya sangat dekat dengan pantai kecintaanku ^______^ . Apa lagi, sangat kerap aku menjadi tetamu setianya. Usai kerja dan solat, terus memacu Himmah ke sana. Duduk di atas batu-batu sambil mata dihidang keindahan lukisan alami. Telinga mendengar alunan muzik ombak pantai. waaaahhhhhhhhHHHHH ~ syokk!

Mungkin sesiapa yg membaca ni merasakan “ apelaa dayah ni, mende2 remeh ni pon nak feeling2..Biase aje kalo tengok..haha”....dan aku akn jawab “biaq pi la!saya punya suka hati...~”. Ops! Kasarnye..^^ heheh..tapi itulah maksud saye....:)
Sekian <3 <3 <3

Carta hati


Dengan nama Allah yg Maha Pengasih Maha Penyayang~
Moga sampai cintaku kepada baginda ...

~ moga tak diuji
asyik cinta duniawi
mengharap teduh redha Illahi
kerna segala kurnia
hadirnya hanya pinjaman
sungguh ku syukuri kesempatan
bahagia.. ~
(Kias Cinta> Suhaimi)

“Berjaya di dunia letaknya di hati??”

“Ya. Terletak pada qalbun salim (hati yg sejahtera). Hati yg bisa dimiliki oleh orang kaya, miskin, ternama, marhaen, cantik, hodoh, pemerintah mahupun rakyat. Hati itulah yg dinilai oleh Allah di padang Mahsyar kelak.”

“Anakku, hati itulah yg perlu kita miliki sebelum kembali. Itulah ‘syurga’ di hati kita. Itulah kecemerlangan di dunia yg menjadi petanda kecemerlangan akhirat. Jika di hati kita tidak punya syurga tersebut ketika hidup di dunia, maka kita sukar mendapat syurga yg abadi di akhirat nanti!”

“Kita akan terus diuji. Beruntunglah kerana ujian itu masih ada. Allah masih sudi menguji kita. Hidup masih berbaki. Jika gagal, kita berpeluang untuk mengulang. Mencintai syurga bukan bererti meminggirkan dunia, kerana ada ‘syurga’ di sini yang wajib kita miliki sebelum layak menikmati syurga di sana.”

(Ustaz Pahrol Mohd Juoi dari kolum Beduk Diketuk, Solusi edisi 52)


Aku meniti setiap inci ruang hati kurniaan Tuhan,
Menyelongkar sejauhmana ku capai ‘syurga’ idaman,
Ternyata terlalu banyak lagi yang harus ku usahakan,
Masih jauh dan panjang perjalanan,
Mengejar itu menuntut tak sedikit pengorbanan,
Ada hati yang perlu ku sisihkan,
Ada nama yang terpaksa kupulaukan,
Ada sifat dan tabiat yang harus dineutralkan,
Kerana sunnatullah telah menetapkan,
Hanya SATU yang boleh merajai ‘kerajaan’,
tiada dua, bukan tiga, atau berbilangan,
Justeru, penting untukku pilih yang terbaik dan selayaknya untuk kesekian,
Tiada lain hanya DIA...Tuhan T_T

Duhai Allah, saksikanlah! Aku sedaya cuba merobohkan ‘berhala’ dlm hati ini yg sekian lama utuh, berpasak tanpa sedarku. Mohon bimbingan dan kekuatan-Mu ya Rabb...meletakkan nama-Mu di tangga teratas carta hatiku T.T
EngkauYgTerataS~
2.28 am 19 mac 2013

Monday 11 March 2013

GAM GAJAH~



Dengan nama-NYA, illah yang maha pengasih maha lembut
Selawat dan salam ke atas baginda Rasulallah saw dan keluarga baginda....

Sejuk. Bunyi kipas siling yang sedang berpusing perlahan memecah sunyi malam. Radio ikim yang baru didengar melalui ‘earphone’ ditutup siarannya kembali. Sengaja mengamati setiap not bunyi kipas  serta suasana malam ini.

Aroma vico panas sungguh mengujakan. Membawa segenap deriaku benar-benar beriaksi dengan optimum. Mata kian cerah menatap arkib kenangan yang agak lama tidak dibuka. Sengaja.

Satu persatu gambar mereka kutatap. Semua ada...K Fiza, K Solehah, K Yana, K Mira, Ada, Adah, K Nor, Syafiqah, Aman, Jiha, Dekya, K Zie, Tipah, Arifah, Nadiah, K Hana, K Akma dan ramai lagi sedang beriaksi. Rakaman setiap peristiwa yang berlaku di sebalik gambar itu kebanyakannya ku tahu. Ada juga yang tidak...heheh. Namun, tak banyak gambarku di dalam lembaran  ‘cerita-cerita’ itu. Kenapa ya?

SENYUM yg lesu :). Aku tahu jawapannya. Terasa malu pada diri dan mereka bertamu. Alhamdulillah......... Sungguh, ketsiqohanku pada-Nya membesar. Betapa kusedar membukitnya hikmah yang dapat kukutip dari setiap yang pernah kulalui dulu. DIA telah tunjukkan banyak padaku. Terlalu!  Lantas kudapati aku yang hari ini sebenarnya agak berbeza. Mungkin tiada yang  sedar. Tapi aku saaaangat merasai itu. Semoga perubahan yang telah dan sedang kuusahakan tidak lagi menyesakkan dadaku sendiri dan orang lain tentu. Tapi mustahil...pasti Allah akan uji. Sedang pun..huhu. Apapun, biar apa jua ujian yang sama didatangkan, semoga aku bersikap lebih matang dan rasional dalam mendepaninya, dengan petunjuk dan panduan dari-Nya serta Rasul termulia. InsyaAllah.... J

Untuk post kali ni tiada puisi.... huhu. Kenapa?? Entah. Aku rasa hambar. Mungkin tiada esok untuk kuhampar...? Hamparan Hidayah kan..> <..Fullstop. Sekian ~

~ RinDukiTabsYaraHal-Hikamku....sob3 ~

11 mac 2013 (12.50 am) Rumahku syurgaku

Saturday 9 March 2013

Syurgaku ada padanya


Bismillahirrahmanirrahim........
Allohummasolli ala Muhammad wa ‘alaihiwasallam..

TAL 9180 dipacu laju. Membelah jalan yang kesesakan dipenuhi dengan pelbagai jenis kenderaan. Sesekali aku terpaksa mencelah antara puluhan kenderaan itu. Harus cepat untuk ke Gong Badak.

Dalam cekap ‘merempit’ mengejar masa, fikiranku sebenarnya menerawang. Mata fokus memandang ke jalan, namun minda masih di Kubang Panjang. Telinga gesit mendengar bunyi bising berasakan, namun otak ligat memutar kata2 bonda tersayang.

“Hhummmmmnn...” Keluhan berat dilepaskan. Sekadar mahu meringankan dada yang kesesakan. Cecair panas tiba2 mengalir keluar dari hujung kelopak mata yang keletihan. Lelehannya kusapu dengan hujung jari-jemari kiri. “ Tidak patut ku menangis di hadapan mereka. Aku tak manja!! Urgghh!”. Hatiku membisik.

Hampir setengah jam perjalanan, akhirnya sampai jua di destinasi “boolartku”. Himmah diparkir dihadapan bangunan tersergam indah itu. Namun, kaki masih berat untuk melangkah masuk. Terasa seperti ada magnet yang menstatikkan ia. “Bismillah...moga Allah redha. Duhai Allah, sayangilah ibuku..” kata2 yang seakan  berbisik.

Ibu,
Akhirnya hari ini dikau menangis lagi sayangku,
Kerana aku tentu,
Aku yg membuatmu pilu,
Aku yg mengundang sedihmu,
Aku jua yg membawa dukamu berlagu...
Aku lagi, lagi dan lagi...kan ibu???

Sayangku,
Walau dikau hanya diam tanpa tangisan bersulam,
Aku tahu...jiwamu menderita dgn remuk dendam,
Wajah surammu memberitakan penuh mendalam,
Betapa dikau rindu dengan anakmu yg ini seorang,
Rindu untuk bersama berdua di ceruk dapur yg kelam,
Memasak menu kegemaran sambil berbual hal ‘semalam’,

Sering jua kau minta kucabut uban yg makin keputihan,
Mengurut kakimu yang sering keletihan,
Hingga matamu kuyu lalu ketiduran…

Ibu,
Sifat ambil berat dan sayangmu padaku tak terbalas,
Tak terbayar dengan curahan baktiku yang kadang2 culas,
Tak ternilai walau sehebatmana kutunjukkan belas,
Kerana dikau jauh lebih hebat dan ikhlas,
Andai setitik susumu yang kuteguk diminta kubalas,
Takkan pernah ku mampu duhai ibu.......... T_T

Duhai ibu,
Bukanku menafikan cinta kasihku padamu itu,
Cuma ku sdkt melebihkan cintanya DIA drpdmu,
Ku jua tahu syurgaku ada padamu,
Justeru ku sedaya menjaga itu,
Cuma kukira ku xpandai memikat hatimu ya ibu..??
Masih belajar utk membahagi masa denganmu,
Memaknai saat2 bersamamu sebaiknya tentu,
Seadilnya bersikap sebagai anakmu..

Duhai pemilik syurgaku,
Kutahu rasa hatimu dililit cemburu,
Cemburu bilamana ku asyik melebihkan di ‘situ’,
Payah untuk diajak ke rumah Pak Su,
Beralasan utk ke tempat tok guru,
Tapi itu bukan salahmu,
Salah anakmu ini tentu...

Ya, akan kucuba ya ibu,
Cuba menjadi anak kebanggaanmu,
Cuba menjadi penyejuk hatimu,
Cuba menjadi seperti yang dikau sebut2 selalu,
Iaitu anak solehah dambaan kalbu....
Yang bakal memimpin tanganmu ke syurga itu...insyaAllah :’)

Syurgakuadapadanya<3
4 mac 2013~