Bismillahirrahmanirrahim...
Allohummasolli’alamuhammad...
IndaH sungguh pagi ini. Haruman embun membawaku mengelamun.
Entah kemana. Kelajuan 100km/j dirasakan begitu perlahan. Tangan kanan
menggenggam kemas handle Himmah,
memulasnya sehabis daya. Mujur almost traffic
light sempat kukejar hijaunya..huhu..
Tiba di traffic light
di hadapan Mydin Mall, aku diberhentikan oleh ‘kuasa merah’. Wayangan lamunanku
juga terhenti. Mata memerhati satu persatu kenderaan yang lalu dihadapan.
Pandanganku terpaku pada satu susuk tubuh itu. Beliau mengayuh dengan payah
basikal tuanya. Kenderaan- kenderaan lain berjaya memintasi beliau walaupun pada awalnya beliaulah yang terkehadapan.Tudung berwarna coklat bersama jubah berbunga menyerlahkan
kesopanan dan keayuan yang dimiliki. Sesekali kainnya terselak ditiup angin, tapi tidak menampakkan aurat. Ada stokin dan seluar panjang menutupi.
Aku menguntum senyum.
“Kalau aku ...malulah nk bawak beskal sorang2 kat tengah2
jalan raye ni. Nak lintas guna traffic
light laaagilah malu!.” monologku spontan.
“Mesti mak cik maniS ni berjiwe besO...berani..tak heran ape
orang nk kate. Bukan buat mende haram pon! Cume skrg tak ramai org buat. Rase
macam asingla skt. Spesel apeee....kan?!
“ hmm. Aku terkagum.
Neuron-neuron dalam otakku bagai bersambungan. Laju. Rasa
terpempan tiba-tiba. Gulp!
Ya....ya....ya....semalam. Semalam..semalamlaa..semalamkan
rabu~ heheh. Malam yang membuatku rase ‘sweet-sweet
sour’ gituu..hati bagai direndam air cuka nak buat asam.Alkisahnye.
Tutup buku.
:: Bukakmateluas2, pakaispekmatekuasetinggipluSkantapembesaR
::
>>suka puisi di bawah. Sipi2 nk kene sy..huhu <3
Diamnya aku bukan membisu
Tunduknya aku bukan
pemalu
Pandangan aku bukan
termanggu
Jelingnya aku bukan
membenci
Berkatanya aku
bukan memerli
Gembiranya aku
senyuman diukiri
Bisikan membenci
aku tolak ketepi
Namun bisikan musuh
tetap menyusuki
Api kemarahan
menyebabkan migraine di kepala ini
Lantas aku siram dengan keimanan sejati
Sedihnya aku simpan di hati
Harap-harap tak kena sakit jantung bila dah tua
nanti
Luahan hati aku tunggu di malam hari
Menunggu saat tahajud aku pasrahkan pada Ilahi
Penghargaan aku bukan setakat terima kasih daun
keladi
Bahkan lebih dekat di sanubari
Doaku telus berharap pada Ilahi
Keberkatan hidup dan ketenangan hati dalam jalan
ini
Kemurahan rezeki dan keampunan dosa sebelum mati
Kerana aku yakin itu lebih hakiki
Setakat pujian berlana ke sana sini
Membodek tuan empunya badan tak henti-henti
Hingga aku dilihat pelik dan jauh untuk dirapati
Namun aku tetap tegar berprinsip sebegini
Penilaian fizikal aku tak peduli
Kerana pandangan hati pilihan Ilahi
Biar aku titipkan nasihat untuk diingati
Berbeza personaliti bukan untuk dijauhi
Ia keunikan yang harus diakui
Perbezaan
yang sentiasa melengkapi
Jadi, jangan dilabel aku sesuka hati
Kalau diri sendiri tak reti nak memahami
Matlamat hidup aku jelas begini
Masih kaburkah untuk diperhati
Kalau rasa tak puas hati
Haha… sekali lagi ada aku peduli?
(Hapeja Chan et al; 2013)
terbaik! hehe
ReplyDelete