Bismillahirrahmanirrahim........
Allohummasolli ala Muhammad wa
‘alaihiwasallam..
TAL 9180 dipacu laju. Membelah
jalan yang kesesakan dipenuhi dengan pelbagai jenis kenderaan. Sesekali aku terpaksa
mencelah antara puluhan kenderaan itu. Harus cepat untuk ke Gong Badak.
Dalam cekap ‘merempit’ mengejar
masa, fikiranku sebenarnya menerawang. Mata fokus memandang ke jalan, namun
minda masih di Kubang Panjang. Telinga gesit mendengar bunyi bising berasakan,
namun otak ligat memutar kata2 bonda tersayang.
“Hhummmmmnn...” Keluhan berat
dilepaskan. Sekadar mahu meringankan dada yang kesesakan. Cecair panas tiba2
mengalir keluar dari hujung kelopak mata yang keletihan. Lelehannya kusapu
dengan hujung jari-jemari kiri. “ Tidak patut ku menangis di hadapan mereka. Aku
tak manja!! Urgghh!”. Hatiku membisik.
Hampir setengah jam perjalanan,
akhirnya sampai jua di destinasi “boolartku”. Himmah diparkir dihadapan
bangunan tersergam indah itu. Namun, kaki masih berat untuk melangkah masuk.
Terasa seperti ada magnet yang menstatikkan ia. “Bismillah...moga Allah redha.
Duhai Allah, sayangilah ibuku..” kata2 yang seakan berbisik.
Ibu,
Akhirnya
hari ini dikau menangis lagi sayangku,
Kerana
aku tentu,
Aku
yg membuatmu pilu,
Aku
yg mengundang sedihmu,
Aku
jua yg membawa dukamu berlagu...
Aku
lagi, lagi dan lagi...kan ibu???
Sayangku,
Walau
dikau hanya diam tanpa tangisan bersulam,
Aku
tahu...jiwamu menderita dgn remuk dendam,
Wajah
surammu memberitakan penuh mendalam,
Betapa
dikau rindu dengan anakmu yg ini seorang,
Rindu
untuk bersama berdua di ceruk dapur yg kelam,
Memasak
menu kegemaran sambil berbual hal ‘semalam’,
Sering
jua kau minta kucabut uban yg makin keputihan,
Mengurut
kakimu yang sering keletihan,
Hingga
matamu kuyu lalu ketiduran…
Ibu,
Sifat
ambil berat dan sayangmu padaku tak terbalas,
Tak
terbayar dengan curahan baktiku yang kadang2 culas,
Tak
ternilai walau sehebatmana kutunjukkan belas,
Kerana
dikau jauh lebih hebat dan ikhlas,
Andai
setitik susumu yang kuteguk diminta kubalas,
Takkan
pernah ku mampu duhai ibu.......... T_T
Duhai
ibu,
Bukanku
menafikan cinta kasihku padamu itu,
Cuma
ku sdkt melebihkan cintanya DIA drpdmu,
Ku
jua tahu syurgaku ada padamu,
Justeru
ku sedaya menjaga itu,
Cuma
kukira ku xpandai memikat hatimu ya ibu..??
Masih
belajar utk membahagi masa denganmu,
Memaknai
saat2 bersamamu sebaiknya tentu,
Seadilnya
bersikap sebagai anakmu..
Duhai
pemilik syurgaku,
Kutahu
rasa hatimu dililit cemburu,
Cemburu
bilamana ku asyik melebihkan di ‘situ’,
Payah
untuk diajak ke rumah Pak Su,
Beralasan
utk ke tempat tok guru,
Tapi
itu bukan salahmu,
Salah
anakmu ini tentu...
Ya,
akan kucuba ya ibu,
Cuba
menjadi anak kebanggaanmu,
Cuba
menjadi penyejuk hatimu,
Cuba
menjadi seperti yang dikau sebut2 selalu,
Iaitu
anak solehah dambaan kalbu....
Yang
bakal memimpin tanganmu ke syurga itu...insyaAllah :’)
Syurgakuadapadanya<3
4
mac 2013~
No comments:
Post a Comment