Sunday 7 December 2014

Merangka S.Y.U.K.U.R

Bismillahirrahmanirrahim...
Selawat dan salam ditutur istimewa buat junjungan Rasullallah SAW serta keluarga baginda..

Tarik nafasssss..hembusss.. :D baru terasa cerah membuntang mate ni haaa..

Rasa bahagia hari ini? Kalau tak bahagia pun mungkin ada tempias gembira...?? ada.... alhamdulillah3x... :) perasan tak, kadang-kadang kita tak tahu atau tak perasan pun punca atau asbab kita rasa bahagia/tenang/ gembira pada sekian saat dan waktu..kan?! but, we feel it! dan kita mengambil nikmat itu dengan sepenuh jiwa dan perasaan kita sehingga orang sekeliling pun merasai tempias aura bahagia yang kita rasa. Subhanallah..

Sayangnya, jarang-jarang saja kita melihat kebungaan dan kepelangian rasa dalam jiwa kita itu sebagai satu penawar daripada Allah buat hamba-Nya. Sesekali saja kita memandang ia sebagai satu pemujuk Allah buat insan yang sering diuji dalam pentas kehidupannya. Allah memeluk hati kita untuk terus merasa kehangatan kasih sayang-Nya pada kita. Kan?!

Subhanallah.. syukurlah duhai diri, betapa beruntungnya  :')

:: MOOD KONVOKESYEN ::

Tahniah dan syabas buat akhawat, sahabat atau kenalan yang meraikan kejayaan menghabiskan pembelajaran masing-masing.. diploma, ijazah mahupun master. Konvokesyen; satu majlis yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh sesiapa sahaja yang melangkah ke alam universiti. Tapi sekarang, di tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah pun dah ada majlis konvokesyen ni..(takpalah, itu cerita lain..hehe).




" Nah, bunge.. ni je hok paling muroh...", kata mok sambil menghulurkan sejambak ros merah. Tiga kuntum semuanya. Wajahnya yang menjadi kemerahan kesan rembesan tangisan bahagia itu kutatap dengan senyuman manis lantas tangannya kusalami bersambut pelukan dan kucupan mesra.

" Yeay!! buleh bungeee!^^Terima kasih mok ... :) ..", balasku kegirangan. Tak kusangka. Mereka sudi untuk belikan bunga walaupun aku tidaklah begitu berharap untuk mendapatkannya dari sesiapa pun. Tapi teringin juga bergambar dengan bunga bersama segala attire konvo kannnn..eheh.

Pak (ayahku) pula berdiri bersilangan tangan sambil memerhatikan kami. Lagak bersahaja bagai tiada apa-apa yang berlaku. Walaupun memang begitulah gayanya, tapi dari mata tuanya yang berkaca jernih itu dapat terlihat kegembiraan yang disembunyikan.
"Terima kasih pak..:)..", kataku dengan senyuman yang sama.

Itu ceritaku setahun yang lalu. Nostalgia merasai mood bergraduasi. Syukur dapat membanggakan ibu bapa waktu itu walaupun pelbagai cerita suka duka dan lara terpaksa didepani untuk membayar yuran graduasi. Alhamdulillah..

:: KERJA OH KERJAYA...

Memegang status graduan bukanlah seindah yang disangka. Indah angan-angan dari rupanya. Tiada pelangi indah selepas senja... dan apa sajalah perumpamaan atau kata-kata yang sesuai ditempelkan di situ. Begitulah sejujurnya.

Memasuki alam kerjaya sememangnya tidak sama dengan alam belajar. Tambahan lagi, menjadi insan yang semakin tua ini menuntut kita mengemban tanggungjawab yang lebih besar dan berat. Jika dulu kita boleh saja merengek minta duit dari mak ayah, tapi sekarang terasa ia adalah amat tidak wajar. Pandai-pandaila nak hidup...~

"Timbalan Eksekutif Operasi"... satu posisi kerja yang telah ditakdirkan Allah untukku sejak 8 bulan yang lalu. Tanpa disangka-sangka.Tanpa mengisi resume kerja atau temuduga pemilihan. Tanpa perlu mencari, bahkan aku yang dihubungi. Itulah rezeki dan ketetapan Allah untukku. Alhamdulillah..

Namun, ia tidaklah semudah yang disangka. Pasti ada ujian dan cabaran yang harus didepani. Kepadatan kerja, cabaran berurusan dengan orang lain, pertembungan masa kerja dengan urusan dakwah dan tarbiyah menjadi asam garam sejak bergelar pekerja. Pada masa yang sama, jiwa dijerut dilema antara memburu cita-cita dan berkorban demi cinta. Walaubagaimanapun, pilihan harus dibuat dengan sepenuh tawakkal kepada-Nya.

Pilihan yang dibuat tidaklah mengorbankan mana-mana pilihan yang ada. Dengan izin-Nya, dengan kekuatan yang dipinjamkan kupilih untuk mendapatkan kedua-duanya dengan seiring dan sejalan, berusaha sehabis baik untuk istiqomah dan istimrar dalam amal d n t ini pada masa yang sama tidak mengabaikan keperluan untuk memperoleh pendapatan. Satu keperluan untuk bergerak dan beramal dalam program tarbiyah mahupun dakwah serta keperluan untuk menyara hidup sendiri dan keluarga sedikit sebanyak.

Syukur Allah masih sayang.
Diri ini kadangkala meleka dan tersasar dari niat dan tujuan asal.. kadangkala lalai dengan kemengahan tuntutan kerja demi menaikkan prestasi syarikat dan memenuhi kehendak majikan sehingga tuntutan dakwah pula diterabaikan. Kadangkala terlalu melayan kepenatan badan dek bekerja lebih masa sehingga menzalimi mad'u yang dahagakan perhatian. Namun, bekalan tarbiyah serta sokongan insan-insan utusan Allah menyemangatiku untuk terus memilih jalan sukar ini. Memilih untuk terus melebar manfaat seluas yang mungkin. Inilah tarbiyah Allah!

Di hamparan ini, sebenarnya tidak semua yang dapat aku tulis..atau ini sahaja yang Allah detikkan dalam benakku atau ini saja yang mampu kusedari kenikmatannya antara seinfiniti lagi nikmat-nikmat lain yang Allah berikan...itupun setelah keluhan demi keluhan diluahkan.Begitulah manusia.. Terlalu lambat mendahului syukur berbanding kata keluhan dan ketidakpuasan hati. Tapi belum terlambat untuk kita mengucapkan kata syukur.

" Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan, "SESUNGGUHNYA JIKA KAMU BERSYUKUR, NISCAYA AKU AKAN MENAMBAH (NIKMAT) KEPADAMU, TETAPI JIKA KAMU MENGINGKARI (NIKMAT-KU), MAKA PASTI AZAB-KU SANGAT BERAT"
Surah Ibrahim :7

Wallahualam.. <3





Thursday 4 December 2014

:: Senyum sket !

Bismillahirrahmanirrahim... :)

ehhemm...ehhemm..

Cecair jernih menitik di tubir mata. Kepala cepat-cepat diletakkan di atas meja. Mendagu di depan laptop yang sekian terpasang dari tadi. Mengelak daripada dilihat oleh sesiapa.

"Allahummasollialamuhammad..". Kalimah selawat dialun beberapa kali. Mencari sedikit ketenangan daripada kalimah sumber syafaat itu. Kemudian air mata dikesat lembut lalu kepala dibawa bersandar di kerusi. Mata dipejam.

                                          "saya nk cakap ni sebenarnye dari tadi.... T_T"

Kadang-kadang kita boleh menjadi terlalu emosi dengan perkara yang remeh. Terlalu sensitif dengan perkara temeh. Terlalu ambil peduli dengan perkara yang sepele. Tapi, itulah perkara itulah yang mempengaruhi mood dan semangat kita pada hari itu. Orang lain mungkin tidak boleh membaca perasaan, mood dan riak muka serta tindakan kita, tapi kita  sebenarnya sukar membendungnya!

Kenapa?? sebab sebenarnya ia bukan perkara yang sepele/remeh temeh atau kecil bagi kita. Walaupun orang lain fikir itu adalah sekecil-kecil perkara dalam hidup mereka.

Menyesal?? kenapa nak menyesal bahkan bersyukur amat!hadiah dari Allah bukan?! cuma Allah beri sedikit ujian dengan hadiah yang dianugerahkan itu.. untuk menguji sejauhmana kecintaan pada Dia boleh tergugah oleh satu makhluk yang dipinjamkan itu.. jadi, aku harus senyum :') :') dan mengucapkan seinfiniti kesyukuran atas tanda kasih sayang Allah padaku..alhamdulillah..

Teringat aku satu quote hebat yang mengubat..
""Jika ditakdirkan tidak kita temui sesuatu yang dicari di dunia ini, terimalah hakikat ia memang tidak ada. Di akhirat sana tempat ‘ada’ dan sempurna segala. Jika ‘langit’ hendak runtuh, masakan jari yang kecil ini mampu menahannya. Dalam setiap yang kita miliki, pasti ada jemu dan letihnya. Dalam setiap yang kita tidak miliki, pasti ada kesal dan sayunya. Jangan terlalu dalam segalanya. Jangan terlalu cinta, jangan terlalu benci. Jangan terlalu suka, jangan terlalu duka. Sederhana itulah yang selalu menyelamaktkan ‘hati’ kita.   "

"Jalan-jalan menuju keredhaan Tuhan meliuk lentuk di celah-celah simpang siur karenah insan. Maafkan mereka, jika ingin keampunan Allah. Bantulah mereka, jika ingin bantuan Allah. Hubungan antara sesama manusia itulah medan bagi Allah mendidik sifat sabar, pemaaf, pemurah, redha, sangka baik dalam diri hamba-hambaNya yang soleh. Untuk akrab denganNya, Tuhan menguji kita melalui hamba-hambaNya. "

Barangkali ayat2 pemujuk di atas sudah kerap kali aku kongsikan di fb atau di laman ini sendiri. Takpalah.. untuk diri sendiri. Barangkali jua ramai orang telah lama bersabar dan bertabah dengan kerenah diriku yang sangat banyak kekurangan ni. Kasihan dia dan mereka.. :'( apapun, terima kasih Allah atas tarbiyah yang tak sikit sepanjang hidup ini.

Allahuakbar. Senyuuuum sket..! :)
Wallahualam



Tuesday 2 December 2014

:: Izinkanku menulis

Bismillahirrahmanirrahim....

Akhirnya. Terdetik jua rasa hati untuk membuka laman bersawang ini. Bukan dipinggirkan, cuma agak dipandang sepi.. Banyak bulan laman ini ditinggal tak diisi. Banyak pula alasan boleh diberi kalau mahu kubilang satu per satu di sini. eheh :D

Lupakan.

Tahun depan, aku bakal berusia 25 tahun.uarggghhhhh!!! (jerit dalam hati jer..). Tua kan??!!.. huhu. Itulah.... itulah yang aku fikir, renung, menung dan muhasabah semenjak dua menjak ni. Rasa banyak masa telah diterbazirkan tanpa membuat sebarang sumbangan jangka panjang. Sumbangan yang membuahkan hasil realiti di depan mata dan lobang hidungku.haha

Pendekkan cerita." Aku nak menulis. Aku nak buat buku. My book. Its mine! huhu.. "...........
doakan.. doakanlah supaya ia bukanlah sekadar angan-angan kosong tanpa tindakan konsisten. Doakanlah agar aku tetap istiqamah menyulam benang-benang jambatan ke syurga. InsyaaAllah..aameen.. :)


Ya Allah, izinkanlah aku menulis#