Sunday 3 February 2013

Serambi kasih ukhti

Dengan nama Allah yang Maha Perkasa~

Allah..sob3...laju air mata mengalir.Tunduk. Mata tertancap ke lantai. Dikesat berkali2 namun tetap jua keluar tanpa segan. Sedih. Sayu.Gembira.Perasaan berbaur. Kedua2 belah telapak tangan diraub ke muka. Menyapu cecair itu. Melekit.Senyuman tiba2 tercarik.Cantik!!! senyuman paalinggg manis dihadiahkn buat diri sendiri juga buat hati yang berhak. Puas! alhamdulillah...terakam sebuah bait2 puisi pengubat duka..yang sebenarnya telah lama dcipta. Tersimpan kemas dalam diari ingatan...:)

Duhai Tuhan penyembuh duka,
andai aku menangis,
jadikanlah tangisan itu kerana rasa takutku pada-Mu,
bukan asbab hilangnya sesuatu dariku,
andai aku tertawa,
biarlah tawa itu atas rasa syukur untuk-Mu,
bukan pula atas duka orang lain tentu,
andai aku marah,
janganlah marah itu dari percikan api nafsuku,
tapi kerna-Mu,
andai aku kecewa,
kecewakanlah aku pada dosa2ku pada-Mu,
bukan kerana ujian tarbiyah hadiah dari-Mu,
andai aku sunyi,
biar sepi tanpa teman disisi selalu,
namun bukan sunyi dari kasih-sayangMu padaku,
andai aku rindu,
besarkanlah rasa rinduku hanya buat-Mu jua kekasih-Mu,
juga buat hati2 yang melabuhkan rindu pada-Mu,
andai aku bertemu-Mu,
sampaikanlah rasa kasih aku pada mereka sahabat buat hatiku,
kerana dengan mereka kenanganku tercipta,
dan kerana merekalah aku merasai manisnya cinta-Mu serta nikmatnya ukhuwahfillah itu..:')

Serambikasihukhti <3








No comments:

Post a Comment